SARAWAK: Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat, Puan Sri Datin Sri Zaleha Md Yusof melaksanakan lawatan ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kem Penrissen pada 27 Mac 2018.
Lawatan tersebut merupakan salah satu simbol keprihatinan Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) kepada orang kurang upaya dan memberi penghargaan kepada mereka.
Dengan lawatan seperti ini juga, ianya mampu memberi kesedaran kepada komuniti tentang pemulihan dalam komuniti.
Lawatan ini juga adalah lawatan kebajikan kepada pelatih-pelatih PDK Kem Penrissen dan antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan tersebut adalah kunjungan ke rumah cendawan, persembahan membuat kraftangan oleh pelatih PDK, melawat ke kelas fisioterapi, sambutan hari jadi, penyampaian cenderahati dan cendera kenangan.
Lawatan kebajikan tersebut telah berakhir dengan upacara menandatangani buku lawatan PDK pada jam 1200H.
Turut hadir semasa lawatan tersebut Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi Bakat Darat, Pengerusi Bakat 1 Div, Pengerusi Bakat TF 450 dan Pengerusi Bakat 3 Bgd.
Gambar: LKpl Azmi Jainuddin