Bersama PemimpinSemasa

Pegawai Kanan TD Dinaikkan Pangkat Brig Jen

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Bilik Tamu, Pejabat PTD pada 27 Sep 2022.

Seramai empat pegawai dinaikkan pangkat Kol ke Brig Jen didahului dengan Kol Kamarudzaman Mohd Thani yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Cawangan Operasi dan Latihan – Markas Tentera Darat (MK TD) diikuti Kol Nahar Azmi Mahmud Ahmad menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan Cawangan Sumber Manusia – MK TD.

Seterusnya, turut dinaikkan pangkat yang sama ialah Kol Faridhulathroth Hj Hashim menjawat jawatan sebagai Ketua Komponen Fusion Centre, Komponen Perisikan Pertahanan, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan Kol Ahmad Shuhaimi Mat Wajab menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Am Markas 21 Gerup Gerak Khas (MK 21 GGK).

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Hasbullah Salleh bagi memohon keberkatan majlis sebelum acara bergambar.

Pelaksanaan upacara rejimental ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online