MELAKA: Seramai 144 Penuntut Kor Infantri daripada Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), 17 RAMD (Para), 18 RAMD (Para), Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), 1 RRD, Kem 10 Bgd (Para), Kompeni Bantuan Para dan Kompeni Pandura terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Peningkatan Kepakaran Repalman Kelas II Siri PKRM/K2/DEC/32/2017 di Dataran ParaWood 8 RRD (Para) pada 30 Mac 2018.
Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), Lt Kol Muhammad Samzie Gusang selaku pasukan penganjur kursus.
Acara penutupan kursus dimulakan dengan Pertandingan Road Relay antara platun dan Penuntut Jasmani Terbaik dinobatkan kepad LKpl Ahmad Mazlan Suhaimi dan Penuntut Akedemik Terbaik diberikan kepada Rjr Alex Joseph manakala Penuntut Keseluruhan Terbaik diberikan kepada LKpl Mohd Hafizee Md Ali.
Kursus ini bermula pada 10 Dis 2017 hingga 30 Mac 2018 dan sepanjang kursus ini dijalankan penuntut telah didedahkan dengan pengendalian senjata bantuan yang terdapat di pasukan infantri serta didedahkan dengan taktik serta perhubungan radio.
Dalam ucapan penutup, Pegawai Memerintah 8 RRD (Para) berharap agar semua penuntut menggunakan ilmu yang diperolehi di dalam kursus ini dan diaplikasikan di peringkat pasukan serta sentiasa lebih peka dalam memahirkan diri di dalam bidang kepakaran masing-masing semasa kembali ke pasukan kelak.
Beliau juga menekankan agar semua penuntut menjaga mutu kerja di pasukan demi memastikan kecemerlangan organisasi di masa akan datang.
Gambar: Rjr Jarod Jonep