MELAKA: Seramai 157 penuntut berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Atur Gerak Cepat (APAC) Siri 1/2018 yang diadakan selama lima minggu dan Majlis Penutup Kursus APAC disempurnakan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pada 6 Apr 2018.
Pada masa sama Penuntut Kursus yang telah menghadiri Kursus Asas Payung Terjun telah dianugerahkan Beret Merun dan sayap berdarah.
Penuntut Terbaik diberikan kepada Pbt Muhd Bukhari Rambeli dari Batalion ke 9 RAMD (Para) manakala Gnr Azizulhakim Abdullah dari 361 Bti RAD (Para) dianugerahkan sebagai Penuntut Ketabahan.
Pelbagai latihan yang menguji ketahanan mental dan fizikal telah dilaksanakan oleh penuntut, antaranya adalah latihan mendaki Gunung Ledang, pandu arah jarak jauh, Jalan Laju 40km, Latihan Ikhtiar Hidup dan Latihan Mendayung dari Kuala Linggi hingga ke Kem Terendak.
Turut berjaya mengharungi cabaran kursus APAC adalah dua penuntut wanita iaitu Lt M Siti Salbiah Roslie dan Lt M Ainin Sofia Othman.
Gambar: Lt Mohd Noradri Mat Rashid