KebajikanSemasa

TDM Dan TLDM Turut Mendekati Hati Rakyat Bersama

SARAWAK: Seramai 18 pegawai dan 193 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan Program Jiwa Murni sempena Hari Terbuka Kapal Diraja Seri Indera Sakti di Pelabuhan Pending pada 7 Apr 2018.

Program tersebut dilaksanakan bagi bertujuan mendekati rakyat Sarawak dengan mempamerkan aset-aset yang dimiliki oleh TDM dan TLDM serta memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pameran kesedaran mengenai Tuberkulosis.

Pameran kenderaan juga turut diberikan kepada para pengunjung yang beranggaran lebih kurang 17,796 orang dari seluruh pelusuk negara.

Selain dari penglibatan ATM, program ini juga adalah usaha sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang turut disambut dengan baik oleh para pengunjung tempatan.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta ADUN Batu Kawa, Datuk Prof Dr Sim Kui Hian.

Gambar: Sjn Jinggo Hasbullah Dollah

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online