HUTSemasa

Pengstrukturan Semula Tingkat Keupayaan RAJD

PERAK: Seramai 17 pegawai dan 252 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dalam Perbarisan Hari RAJD Ke-65 menyaksikan Lt Kol Lai Kien Fui selaku Ketua Perbarisan dan Pengerusi Kor, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Abd Rahman selaku penerima tabik hormat di Padang Kawad, Kem Sangro pada 22 Apr 2018.

Perbarisan berprestij dengan slogan Gagah Membina, Setia Mendukung ini merupakan acara tahunan dilaksanakan sebagai menghormati tradisi ketenteraan meraikan Ulang Tahun Kor di samping sebagai platform dalam penyaluran maklumat daripada pemimpin tertinggi RAJD kepada seluruh warganya tentang perkembangan ketumbukan RAJD dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

Dalam ucapan Pengerusi Kor, beliau amat berbangga dengan pencapaian semasa RAJD yang sering didambakan kerana aktif dalam tugas kejuruteraan ketenteraan di dalam operasi TD di samping tugas-tugas pembinaan infrastruktur di kem seluruh negara serta membantu pembangunan negara melalui Projek-projek Jiwa Murni membina jalan-jalan dan jambatan di Sarawak, Sabah dan Pahang.

“Penglibatan RAJD di dalam projek-projek pembinaan dan baik pulih rumah veteran di seluruh negara juga akan diteruskan serta RAJD turut dilibatkan dalam penugasan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan dan Sudan.

“Selain itu, pengstrukturan semula RAJD seperti yang telah diwawarkan pada tahun lepas telah mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan walau hanya pada tahap 99.9% daripada kertas cadangan yang dimajukan, tindakan lanjut akan dilaksanakan secepat mungkin,” ujar beliau.

Tambahnya lagi dengan pengstrukturan semula ini dapat mempertingkatkan keupayaan dan kesiagaan RAJD dalam melaksanakan  tugas yang diamanahkan di mana  penempatan pegawai dan anggota LLP RAJD akan dilaksanakan sejajar dengan keperluan pengisian jawatan yang diluluskan itu.

Pada masa sama perkembangan terkini RAJD ialah atur gerak ke Sarawak yang berkekuatan satu terup medan dari 2 Skuadron RAJD sebagai kumpulan pendahuluan untuk memenuhi rancangan menempatkan secara tetap tambahan satu skuadron medan beroperasi dengan memberi bantuan kepada Pemerintahan Medan Timur.

Mengimbas sejarah penubuhan RAJD, ianya mula ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Apr 1953 merupakan pasukan bantuan tempur yang bertanggungjawab membantu TD mencapai kemenangan dalam peperangan di mana semasa aman, RAJD juga terlibat dalam pembangunan negara dengan penglibatan pasukannya melaksanakan projek-projek pembinaan infrastruktur asas kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman atau satu ketika dahulu ditakrifkan sebagai kawasan keselamatan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Kepujian RAJD kepada tiga pegawai dan 14 anggota LLP RAJD serta penyampaian Penghargaan Khas telah dianugerahkan kepada PW II Krishnan Andy (B) diberi atas beberapa siri kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam bidang sukan sejajar dengan kejayaan dan sumbangan beliau dalam mengharumkan nama RAJD.

Turut hadir Ketua Jurutera Ke-13, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Naseer Ahmad, mantan Ketua Jurutera, Brig Jen Dato’ Pahlawan Shahruddin Abdullah, Pemangku Ketua Jurutera, Brig Jen Ho Hin Chai dan Pengarah BGSP, Brig Jen Sr Dr Mohd Zambri Mohamad Rabab.

Gambar: Kapt Aminin Hafizhin Minhad dan LKpl Ainur Aisyah Yahaya

[srizonfbalbum id=207]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online