Bersama PemimpinSemasa

Kolaborasi TD dan OUM Tingkat Taraf Akademik

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyatakan kolaborasi yang terjalin di antara Tentera Darat (TD) melalui Rejimen Semboyan Diraja (RSD) bersama Open University Malaysia (OUM) telah bermula sejak tahun 2004 melalui program Diploma Teknologi Maklumat.

“Sejak program ini diwujudkan sehingga tahun 2020, ianya telah berjaya melahirkan graduan seramai 460 orang anggota yang mana 206 Foreman dan 254 Yeoman di dalam RSD.

“Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada anggota RSD dalam meningkatkan kelayakan akademik dan membolehkan setiap anggota mengekalkan kepakaran teknikal masing-masing ketika dalam perkhidmatan” jelas PTD.

PTD berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman antara TD dan OUM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 18 Okt 2021.

Tambah beliau lagi, sejak program ini diwujudkan ia dapat meningkatkan tahap profesionalisme serta melayakkan anggota untuk ditauliahkan sebagai Pegawai Senarai Tugas Khas (STK) dan secara tidak langsung, program ini dapat menampung kekosongan dalam RSD.

“TD akan terus berusaha meningkatkan taraf akademik pegawai dan anggota agar peningkatan kemahiran yang kompeten ini sejajar dengan prestasi pengetahuan serta akademik kerana ianya selaras untuk pelestarian kesejahteraan warga TD agar lebih komprehensif dan dinamik,” katanya.

Selain itu, TD juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak OUM di atas kerjasama kolaborasi ini bagi membuka peluang pengajian ke peringkat lebih tinggi kepada warga TD serta mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak awam dan swasta demi pembangunan kesejahteraan warganya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Gabenor OUM, Tan Sri Lee Lam Thye dan Naib Presiden (Akademik), Prof Dr Widad Othman.

Gambar: Mohammad Nazif Mohd Zuki

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button