Semasa

Penutup Bilateral PATKOR

SARAWAK: Batalion Ke 13 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selaku wakil TDM dan Bataliyon Infantri 642/Kapuas selaku wakil TNI-AD telah melaksanakan operasi rondaan bersama bermula 21 sehingga 30 Apr 2018 dari Entikong, Indonesia hingga ke Tebedu, Malaysia, upacara penutupan telah disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin di Kem JPG Tebedu pada 30 Apr 2018.

Patroli terkoordinasi ini dilaksanakan selama 10 hari pada tiap siri adalah kerana wujudnya aktiviti yang melanggar undang-undang di kedua belah perbatasan negara, di antaranya adalah seperti penyeludupan barang terkawal, pembalakan haram, kemasukan tanpa izin dan lain-lain aktiviti di sempadan Kalbar/Sarawak yang mana boleh mencemarkan keamanan dan keselamatan kedua-dua buah negara sekiranya tiada atau kurangnya kawalan oleh agensi keselamatan oleh kedua-dua buah negara.

Aktiviti Bilateral yang telah berlangsung selama 10 hari tersebut akan turut diadakan dengan aktiviti bersama seperti bersukan dan program jiwa murni TDM dan TNI-AD di kawasan perbatasan sempadan negara melibatkan penduduk kampung setempat.

Hasil daripada Mesyuarat/Rapat Tim Perancang Operasi Darat (TPOD) Ke-21 pada 23 Julai 2003 di Balikpapan, kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk mengadakan patroli terkoordinasi di sepanjang sempadan Kalbar/Sarawak bermula dari tahun tersebut. Selain dari tanggungjawab dan amanah yang dipikul demi keselamatan dan kesejahteraan dua negara tersebut, aktiviti ini adalah turut memupuk kesefahaman dalam membuat keputusan dan tindakan sekiranya terdapat ancaman di perbatasan.

Turut hadir Dankolakopsrem 121/ABW, Brig Jen TNI Bambang Ismawan, wakil-wakil agensi keselamatan dan ketua- ketua masyarakat di Tebedu.

Gambar: Pbt Muhammad Aiman Solihin Hasmad

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online