Semasa

Roadshow Teras Perumahan Kementerian Pertahanan Zon Sibu

SARAWAK: Seramai 33 pegawai dan 470 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menghadiri Roadshow Teras Perumahan Kementerian Pertahanan Zon Sibu di Dewan Makan Kem PLKN Junaco Park.

Teras Perumahan adalah merupakan salah satu halatuju Mindef yang dilancarkan pada 3 Apr 18 di Port Dickson oleh Menteri Pertahanan.

Lanjutan daripada itu, Kol Sarman Bahrom, Pengarah Logistik Tentera Darat (TD) merangkap Ketua Tim Roadshow Teras Perumahan Kementerian Pertahanan bersama Tim Teras Perumahan Mindef telah hadir bagi memberi taklimat berkait ROADSHOW.

Dalam ucapan penerangan dan taklimat roadshowi, Kol Sarman menyeru agar warga ATM di sekitar Sibu untuk mengambil peluang di atas empat prasarana perkhidmatan utama teras perumahan iaitu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), SaSAR, Rumah warga veteran ATM (1MVHRP- 1 Malaysia Veteran Home Repair Programme) dan pakej Rumah Idaman.

Majlis pada pagi ini juga diperkukuhkan dengan booth pameran oleh Tim Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi lain seperti PERHEBAT, Celcom, LTAT dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia.

Menurutnya lagi pada keseluruhannya, inisiatif perumahan ini merupakan kerjasama Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Perumahan dan Kementerian Pembangunan Bandar dan Wilayah.

Program ini bakal memberi manafaat kepada warga ATM dan warga Sibu diseru mengambil peluang daripada roadshow ini.
Turut hadir Ketua Staf Markas 31 Bgd, Lt Kol Mohd Zaini Hj Hashim, Pegawai Memerintah Batalion ke 6 Rejimen Sempadan, Lt Kol Werar Sulaiman HjAli, dan Pegawai Memerintah Batalion ke 9 Rejimen Sempadan, Lt Kol Zaidi Ahmad.

Gambar: Pbt Muhammad Khairulasyraf Mohd Kahar

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online