NEGERI SEMBILAN: Sebagai menghargai anggota tentera yang beroperasi di bulan Ramadhan kali ini, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, turut turun padang untuk bersama berbuka puasa pada 3 Jun 2018.
Lokasi penempatan operasi di Sektor Negeri Sembilan menjadi pilihan untuk kunjungan pertama ini. Ketibaan beliau di pos penempatan disambut oleh Pegawai Memerintah 4 RAD, Lt Kol Ahmad Daud Hj Mustafa. Pasukan 4 RAD ketika ini sedang melaksanakan operasi di Sektor Negeri Sembilan dan dijangka tamat pada awal Julai nanti.
Panglima 3 Div turut serta berbuka dan menunaikan solat berjemaah bersama anggota pos tersebut. Dalam kesempatan yang sama, beliau turut menitipkan pesanan dan nasihat kepada semua anggota agar sentiasa berwaspada sepanjang melaksanakan operasi ini. Beliau turut menyampaikan sumbangan sebagai penghargaan kepada anggota yang akan bertugas semasa lebaran nanti.
Turut hadir Komander Garison Gemas, Kol Hj Che Manan Saat, Ketua Staf MK 3 Div, Kol Marzuki Hj Mukhtar serta pegawai staf