SELANGOR: “Pemimpin datang dan akan pergi tetapi yang kekal hanyalah Formasi 11 Bgd dan saya menyeru saudara serta saudari memberikan kerjasama yang padu kepada panglima baru agar Bgd ini terus utuh dan gah dalam mempertahankan kedaulatan khususnya di bumi Selangor,” ucap mantan Panglima 11 Bgd, Mej Jen Toh Choon Siang di Padang Kawad MSS Sungai Buloh pada 3 Jul 2018.
Beliau menzahirkan kesyukuran serta ucapan terima kasih kepada tampuk pemerintahan tertinggi khususnya Tentera Darat (TD) dan amnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kenaikan pangkat serta perlantikan sebagai Panglima 1 Div yang baru.
“Hari ini genaplah sembilan bulan dan 26 hari saya memegang tampuk pemerintahan 11 Bgd mulai 6 Sep 2017 dan secara peribadinya saya berpuas hati akan setiap pencapaian yang diperoleh oleh semua pasukan di bawah naungan 11 Bgd dalam setiap penganjuran yang dilaksanakan di peringkat TD, ATM mahupun di peringkat Negeri Selangor,” jelas beliau.
Terdahulu beliau menerima tabik hormat dari Ketua Perbarisan merangkap Peg Memerintah 8 RAMD, Lt Kol Mazuhir Md Amin dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 11 Bgd yang berkekuatan seramai 23 pegawai dan 325 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bawah naungan 11 Bgd.
Seterusnya acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 11 Bgd sebagai simbolik pertukaran kuasa memerintah dari seorang mantan Panglima yang memerintah kepada Panglima baru yang akan memerintah.
Mantan Panglima 11 Bgd, Mej Jen Toh Choon Siang menyerahkan Tongkat Kuasa Panglima Bgd Ke-11 Infantri Malaysia kepada Brig Jen (Dr) Mohd Radzi Abd Hamid yang disaksikan oleh Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi.
Kini tampuk pemerintahan 11 Bgd yang baru diterajui oleh Brig Jen (Dr) Mohd Radzi Abd Hamid yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Kol Doktrin di MK Pemrintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.
Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali
[srizonfbalbum id=244]