Semasa

182 Pegawai Kadet PALAPES Zon Utara Berjaya Bergelar Pegawai Muda

PULAU PINANG: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Pahlawan Mohammad Ab Rahman menyempurnakan Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam Ke-39 Zon Utara di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) pada 7 Feb 2022.

TPTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai kadet yang berjaya ditauliahkan sebagai pegawai muda di dalam Rejimen Askar Wataniah (AW).

“Profesion ketenteraan menekankan erti pengorbanan yang sebenar sama ada meneruskan kerjaya dalam bidang ini atau sektor awam dan hari ini seharusnya saudara saudari jadikan sebagai permulaan untuk menjadi warganegara yang lebih baik disebabkan pengalaman serta latihan sewaktu menjadi Pegawai Kadet.

“Berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang tiga tahun latihan PALAPES serta semangat juang dan sikap positif yang ditunjukkan sudah tentu saudara saudari mampu menempuh setiap cabaran dalam kerjaya masing-masing.

“Namun harus diingat, kemahiran yang disemai ini merupakan pengetahuan asas yang perlu digilap dan masih banyak lagi ilmu pengetahuan serta kemahiran yang perlu dipelajari agar ianya sejajar dengan perkembangan kerja masing-masing,” jelas TPTD dalam ucapannya.

Seramai 182 Pegawai Kadet Zon Utara berjaya ditauliahkan setelah menamatkan pengajian di USM, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Acara pemakaian pangkat ini dibahagikan kepada dua sesi yang disempurnakan sendiri oleh TPTD dan dibantu oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Nazari Abd Hadi.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Kadet Terbaik USM, UUM, UniMAP dan UPSI di mana Pegawai Kadet ini dinilai keseluruhan daripada segi personaliti, kepimpinan, pengetahuan isu semasa serta penglibatan dalam PALAPES.

Pegawai Kadet Terbaik PALAPES USM telah dianugerahkan kepada Lt M Muhammad Badrul Amin Abdul Halim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UUM dinobatkan kepada Lt M Raizazul Azfar Ruslan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian.

Manakala Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UniMAP dianugerahkan kepada Lt M Arif Akmal Mohd Adnan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) dan Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPSI pula diberikan kepada Lt M Nor Amira Khaleeda yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga.

Keempat-empat Pegawai Kadet Terbaik dianugerahkan Pedang Kehormat sebagai hadiah atas semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang menjalani latihan PALAPES.

Turut hadir, Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman K. P. Bashkaran, Komandan PALAPES USM, Kol (Kehormat) Prof. Dato’ Faizal Rafiq Muhammad Adikan, Timbalan Komandan PALAPES UniMAP, Lt Kol Prof. Ts Dr. Zaliman Sauli dan Komandan PALAPES UUM, Kol (Kehormat) Dato Dr. Ahmad Abdul Ghani.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online