Tag: BSPP

  • Amanat 2021 Pengerusi KRD

    Amanat 2021 Pengerusi KRD

    KUALA LUMPUR: Pengerusi Kor Risik Diraja (KRD) merangkap Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Ahmad Norihan Jalal dalam amanatnya berpesan supaya memperingati segala pengorbanan dan jasa bakti generasi terdahulu yang menjadi tunjang keamanan tanah air.

    “Kecemerlangan KRD khasnya yang dikecapi hari ini adalah dibayar dengan darah, keringat dan air mata pegawai serta anggota KRD di masa lalu.

    “Kita mendoakan semoga anggota KRD yang cedera dan hilang upaya, balu serta keluarga dikurniakan ketabahan dalam mengharungi kehidupan agar segala pengorbanan, bakti yang dicurahkan sentiasa dikenang dan mendapat pengiktirafan,” jelas beliau.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanatnya sempena Hari Ulang Tahun KRD Ke-51 dan Amanat Tahun Baharu 2021 secara atas talian bersama warga KRD di seluruh Malaysia dan luar negara bertempat di Pusat Integrasi Perisikan (IIC), Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) pada 31 Dis 2020.

    Tambah beliau lagi, kejayaan yang dicapai dalam pelaksanaan OP BENTENG, OP PENAWAR dan National Task Force (NTF) dalam mendepani isu pandemik COVID-19 adalah hasil maklumat perisikan ATM, BSPP khususnya warga KRD.

    “Ini amat membanggakan dan secara tidak langsung menonjolkan keberkesanan fungsi KRD yang mana kita masih relevan.

    “Cabarannya kita harus mengekalkan keunggulan dalam memberi perspektif yang jelas serta sahih kepada pemerintah negara dan ATM kearah penghasilan strategi dan tindakan yang mantap.” tegasnya.

    Selain itu, beliau memaklumkan KRD akan meneruskan rancangan permohonan bagi membentuk entiti perisikan yang relevan dan prasarana yang mencukupi sejajar Program Peningkatan Keupayaan ATM dalam Kertas Putih Pertahanan.

    “Program peningkatan akademik iaitu kewujudan Kursus Diploma Sains Perisikan di Kolej Perisikan ATM dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) adalah di peringkat akhir perlaksanaannya.

    “Ianya untuk menjaga kebajikan setiap warga KRD setelah bersara daripada perkhidmatan.” katanya.

    Beliau juga menyeru kepada semua pegawai dan anggota KRD untuk menjauhi penyalahgunaan dadah, gejala rasuah, salah guna kuasa dan aset perkhidmatan yang diamanahkan serta pencemaran-pencemaran disiplin yang lain.

    Disamping itu, beliau turut berpesan kepada bakal-bakal pesara pegawai dan anggota KRD untuk menyertai Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) bagi meningkatkan keahlian kelab dan menjadi ahli yang aktif dalam mengikuti segala aktiviti kelab supaya tidak tersisih dari perhatian dan santunan kor.

    Pada masa yang sama, Pengerusi KRD turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan ATM dan TD atas kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap KRD.

    Sidang video yang diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu bagi mengelakkan penularan COVID-19.

    Turut hadir, Ketua 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK), Brig Jen Mahmud Ahmad dan Pengarah KRD, Kol Razali Alias.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • PTD Tinjau Pengoperasian Dron OP PENAWAR

    PTD Tinjau Pengoperasian Dron OP PENAWAR


    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi meninjau pengoperasian dron bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebagai usaha membendung peningkatan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Cheras pada 28 Mac 2020.

    Dalam tinjauan tersebut, PTD melihat sendiri keadaan dan cara pelaksanaan pengoperasian Tim Dron ATM disamping melihat kesiapsiagaan anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilaksanakan.

    “Keberadaan kita disini, disebabkan arahan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk mengguna pakai dron dan kita telah aturgerakkan Tim Dron ATM dan PDRM untuk digunakan dalam OP PENAWAR.

    “Kelebihan dron ini dapat menjimatkan masa serta dapat pergi ke tempat yang sukar dipantau dengan lebih cepat dan dengan menggunakan teknologi ini akan membantu menjadi mata kepada kami.

    “Ianya akan digunakan di kawasan merah yang telah dikenal pasti yang mana penerbangan dron ini bukanlah sesuka hati kerana ia mengikut perancangan khas ATM, PDRM dan pihak berkuasa lain,” katanya dalam sidang media semasa tinjauan pengoperasian dron.

    Beliau juga berharap dengan adanya penggunaan dron ini akan memantapkan PKP selain dapat memberi lebih kesedaran kepada rakyat agar mematuhi PKP.

    Tambah beliau lagi, ATM turut membantu pihak polis dan pihak berkuasa tempatan di kawasan Simpang Renggam, Johor yang diistiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta turut melibatkan pegawai dan anggota perubatan ATM.

    Selain itu PTD mengatakan dua perkara dihadapi kini iaitu virus COVID-19 yang tidak dapat dilihat dan juga netizen yang tidak mematuhi arahan PKP yang mana jika kes semakin meningkat berkemungkinan PKP ini akan terus berlanjutan.

    “Adanya kami disini sebab ketidakpatuhan tersebut, selagi tidak patuh selagi itu kami bertugas.

    “Jangan anggap pihak berkuasa sebagai musuh, kita adalah pasukan sahabat yang hendak menentukan bahawa rangkaian wabak ini dapat diputuskan agar rakyat boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

    Jelasnya lagi, langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan ini adalah untuk kebaikan dan bukan untuk menyusahkan rakyat serta beliau merayu kepada semua pihak yang tidak ada kepentingan untuk keluar agar mematuhi PKP ini.

    Turut hadir dalam tinjauan berkenaan Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ HJ Mohd Nazir Hj Mami dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.


    Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

    [custom-facebook-feed album=3364413356920889]

  • BSPP Terima KPPP Baharu

    KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Ke-10 di antara Mej Jen Dato’ Ismail Abetah dengan KPPP baharu, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan di Padang Kawad BSPP pada 21 Sep 2018.

    Terdahulu Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan yang terdiri daripada tiga detasmen diketuai oleh Lt Kol Adam Helmy Ali disusuli dengan nyanyian lagu Tentera Benteng Pertahanan Negara lalu memeriksa perbarisan diiringi pancaragam dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

    Menyentuh sedikit profil Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dilahirkan pada 26 Jun 1961 di Gombak, Selangor dan mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 4 Jul 1979 dengan menerima latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson lalu ditauliahkan ke RAMD pada 31 Mei 1980.

    Di sepanjang karier beliau, pencapaian paling dibanggakan adalah apabila dinaikkan pangkat ke Brig Jen dan menjadi Komander pertama Angkatan Petugas Bersama II bagi menyelia dan mengawal operasi berkaitan keganasan Abu Sayaf serta aktiviti penculikan di kawasan perairan timur, Sabah.

    Beliau yang mempunyai minat membaca serta melancong telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Rosmawar Fizawan Wan Zainal dan dikurniakan empat cahaya mata.

    Turut hadir Ketua Projek Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin serta pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • Serah Terima Tugas KPPP

    KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan di Padang Kawad BSPP pada 30 Ogos 2018.

    Perbarisan diketuai oleh Lt Kol Noor Esjuraimey Baharan manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW 1 Mohamed Zuki Mohamed Salleh dan pancaragam yang mengiringi perbarisan ialah Pancaragam Wanita Rejimen Semboyan Diraja (RSD) bawah pimpinan Lt Wan Nurfaiqah Wan yunus.

    Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), diantara Lt Jen Datuk Abdul Hadi  Hj Hussin dan Mej Jen Dato’ Ismail Abetah disaksikan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.

    Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan PAT,  beliau menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan  terdiri dari tiga detasmen diiringi  Pancaragam Pusat RSD.

    Serba ringkas keperibadian Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, mengambil alih jawatan KPPP pada 1 Jun 2009, beliau memulakan kerjaya tentera dengan menyertai Maktab Tentera Diraja (MTD) sehingga beliau lulus pada tahun 1981, dalam pengakuan kepada integriti, kesetiaan dan perkhidmatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara, beliau telah diberi dengan pelbagai pingat hiasan dan anugerah merit oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan ATM.

    Turut hadir Ketua Projek Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin serta pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • Program Road-Show Task Force Perisai Wira Peringkat 3 Div

    MELAKA: Seramai 500 warga tentera dari Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) termasuk pekerja awam hadir dalam Program Road Show Task Force Perisai Wira anjuran Bahagaian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) yang diadakan di Dewan Serbaguna Kem Terendak pada 26 Okt 2017.

    Program ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman berkaitan bahaya perjuangan gerakan ektremis Daesh serta imlpikasi dari segi perundangan kepada seluruh warga tentera.

    Dalam ucapan Pengarah Task Force, Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman (Bersara) berkata pihak atm tidak akan berkompromi dengan anggota yang menyimpan, mengedar serta menyokong perkara yang berkaitan dengan Daesh yang mana setiap orang yang mempunyai akses kepada internet adalah berpotensi menjadi sasaran untuk direkrut oleh kumpulan pengganas tersebut.

    Pada masa yang sama turut diadakan dua sesi syarahan dari Tim Task Force bertajuk Ancaman Ekstremisme, Radikalisme dan Terorisme Kepada Keselamatan ATM serta Implikasi Perundangan Anti Keganasan Terhadap Warga ATM yang disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Sel Keganasan BSPP, Lt Kol Dr Zulkarnain Haron dan Pegawai Staf 1 Undang-Undang BSPP, Lt Kol Shaharudin Abd Rahman.

    Turut hadir Komander Artileri Div 3 Div, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka Mohd Termizi Dan, Ketua Staf Markas 3 Div, Pegawai Memerintah dan Pemerintah Pasukan di bawah naungan 3 Div.

  • 38 Tahun Jasa Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman Dihargai

    PAHANG: Seramai 18 pegawai dan 211 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman  di Padang Kawad Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 27 Jul 2017.

    Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman menerima tabik hormat terakhir dari kontijen perbarisan yang terdiri dari lima detasmen yang diketuai oleh Lt Kol Muhd Harith Promwichit Abdullah bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 38 tahun 4 bulan berkhidmat di dalam ATM amnya dan TD khasnya.

    Dalam ucapannya beliau berasa terharu serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta mengucapkan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.

    “Percayalah, profesion ketenteraan amat baik, justeru kerjalah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas demi mencari rezeki yang halal untuk keluarga kerana dunia diluar lebih mencabar dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, eloklah terus berada di dalam ATM selagi yang boleh,” tegas beliau.

    Pada masa yang sama PTD turut memberikan ucapan balas dengan mengatakan beliau berbangga dan berterima kasih kepada Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman bagi pihak TD diatas perkhidmatan serta jasa yang telah dicurahkan dengan penuh kesetiaan dan pergorbanan yang tanpa berbelah bahagi.

    “Saya yakin sebagai seorang pegawai kanan, beliau telah mencapai satu tahap yang amat membanggakan dan banyak kebaikan diserapkan di dalam perkhidmatan  yang mana suatu ketika dahulu beliau pernah menjadi anak murid saya ketika saya menjadi jurulatih dan kini lihatlah kejayaan beliau yang harus diikuti oleh generasi kini,” kata PTD.

    Menyentuh sedikit latar belakang beliau, anak watan Johor yang dilahirkan pada 25 Sep 1957 dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Datin Azizah Jais dan menerima latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhust, United Kingdom selama dua tahun lalu ditauliahkan ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dimana unit pertama beliau ialah 20 RAMD.

    Turut hadir Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Pengarah KRD, Kol Mahmud Ahmad.

    [jaw_divider divider_title=”Back To Top” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”0″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”11616,11656,11657,11645,11661,11658,11660,11659,11662,11620,11619,11663,11648,11643,11622,11618,11628,11627,11625,11626,11624,11634,11649,11629,11632,11623,11621,11651,11631,11630,11650,11646,11633,11644,11635,11636,11637,11638,11652,11639,11647,11654,11640,11642,11641,11655,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

    Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli dan Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman

  • Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Timur

    KELANTAN: Seramai 76 anggota Kor Risik Diraja (KRD) dan pesara-pesara KRD memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Zon Pantai Timur bersama Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS Perisikan), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor di sebuah hotel sekitar Kota Bharu pada 21 Jun 2017.

    Majlis yang dianjurkan saban tahun ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan silaturrahim antara pesara dan anggota KRD yang berkhidmat disamping prihatin terhadap kebajikan warga veteran dalam menghargai bakti dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat dalam KRD.

    Dalam ucapan AKS Perisikan, beliau menzahirkan keprihatinannya mengenai kebajikan anggota Kelab Veteran Kor Risik Diraja (KVRM) yang mana ahli-ahlinya telah banyak berbakti bagi kecemerlangan kor sejak awal penubuhan KRD.

    “Saya menyeru kepada pesara KRD yang belum menjadi ahli KVRM supaya mendaftar kerana melalui medium ini kebajikan ahli dan keluarga yang memerlukan bantuan dapat dikoordinasikan dengan baik dan pelbagai faedah seperti khidmat nasihat dan bantuan kebajikan yang sedikit sebanyak meringankan bebanan yang ditanggung,” ujar beliau.

    Turut hadir ialah  Lt Kol (B) Meor Adam Meor Sapi, Pengerusi KVRM, Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail, Timbalan Pengarah Direktorat Operasi,  dan Kol Mohd Anuar Mohamad Ali, Ketua Perhubungan Luar BSPP.

  • Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Perak

    PERAK: Pesara dan warga Kor Risik Diraja (KRD) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Zon Perak bersama Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor di 91 Grup Operasi Perisikan (91 GOP) pada 20 Jun 2017.

    Majlis tahunan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan mengumpulkan semula pesara tentera dengan anggota KRD yang masih berkhidmat dan Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) serta mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan warga veteran KRD yang telah banyak menaburkan bakti khususnya dalam perisikan.

    Dalam ucapan AKS, beliau amat terharu dengan keutuhan hubungan kesemua warga KRD dan beliau menegaskan kebajikan warga veteran hendaklah sentiasa diambil tahu bagi memastikan ia mereka sentiasa terbela. “Sesungguhnya KVRM ini adalah relevan dan saya berharap agar anggota KRD khususnya warga veteran supaya bersatu dalam mengekalkan semangat kekitaan sesama anggota dan kebajikan KVRM perlu sentiasa diambil berat oleh sesiapa yang akan menjawat jawatan AKS selepas ini, ” kata beliau.

    Turut hadir, Pengarah Direktorat Bantuan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Brig Jen Ahmad Norihan Jalal,   Pengarah Direktorat Strategik, Kol Razali Alias, Pegawai Memerintah 91 GOP, Lt Kol Dzeidee Shaff Jamaluddin, pegawai-pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KRD.

  • Eks Wira Acorn Mantapkan Anggota Perisikan

    KUALA LUMPUR: Seramai 49 pegawai dan 210 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) terlibat dalam Perbarisan Perasmian Eksesais (Eks) Wira Acorn Siri 3/17 yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin di Padang Kawad BSPP pada 17 Apr 2017.

    Eks ini merupakan siri ketiga dengan pelaksanaan staff exercise (STAFFEX) mulai 18 hingga 20 Apr 2017 dan diikuti Command Post Exercise (CPX) bermula dari 25 hingga 28 Apr 2017 dengan matlamat utamanya adalah untuk menguji kemahiran warga perisikan dalam mengendalikan Fungi Staf Perisikan (Intelligence Staf Function) di peringkat strategik dan operasi berasaskan senario ancaman keselamatan di Laut China Selatan.

    Dalam ucapan KPPP, beliau mengharapkan semua yang terlibat dapat memahami proses serta prosedur-prosedur tugas staf perisikan bagi menghadapi suasana konflik di masa hadapan dan latihan ini dilihat sebagai ruang untuk memperbaiki dan memperbaharui prosedur dalam mengendalikan platform serta landasan yang diperkenalkan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    “Saya berharap semua peserta latihan akan menggunakan kesempatan yang diberikan untuk mempertingkatkan kefahaman, kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam semua bidang yang dipraktikkan dalam latihan pada kali ini dan memberikan komitmen yang padu agar kita dapat mencapai objektif latihan bagi melahirkan komuniti perisikan yang komited terhadap tugas serta menghasilkan produk perisikan yang tepat,” tegasnya.

    Terdahulu, sebagai simbolik KPPP memakaikan toha kepada ketua-ketua eks yang dilantik sepanjang latihan ini dilaksanakan.

    Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaludin Ismail, Pengarah Kor Risik Diraja, Kol Mahmud Ahmad, pengarah-pengarah direktorat dan ketua-ketua cawangan.

    Gambar: Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman

     

  • MENHAN Rasmi Kempen Kesedaran Keselamatan Siber

    KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Siber bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 17 Jan 2017.

    Kempen ini dilancarkan sebagai langkah proaktif atas tujuan meningkatkan kesedaran dikalangan warga KEMENTAH amnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya akan risiko ancaman siber yang semakin menggugat keselamatan serantau, termasuk Malaysia.

    “Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan dan inisiatif baharu dari semasa ke semasa dan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan pertahanan agar usaha kita untuk memelihara kedaulatan negara tidak terjejas.”

    Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai dan Anggota LLP serta staf KEMENTAH.

    GAMBAR: PW II Mohd Shahril Mat Ali