LatihanSemasa

LKS LMIT Siri 1/2018 Pertingkat Kesiagaan 17 RAMD Para

JOHOR: Pasukan 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD Para) telah melaksanakan Latihan Kem Kemahiran Senjata (KKS) dan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) yang berlangsung di Lapang Sasar Ulu Tiram, bermula sejak 1 Jul 2018 yang lalu dengan objektifnya untuk menguji tahap kesiagaan aset dan kecekapan serta kemahiran anggota melibatkan sembilan pegawai dan 281 Lain-lain Pangkat (LLP).

Di samping menembak senjata persendirian, anggota juga dapat menembak senjata-senjata bantuan yang ada di pasukan bagi meningkatkan kemahiran pengendalian senjata setiap anggota dan anggota juga dilatih untuk memasang dan meletupkan One Shot Single Charge.

Tidak ketinggalan juga pasukan menganjurkan Pertandingan Seksyen Tempur bagi menguji, menilai tahap perintah dan kawalan komander rendah serta kerjasama dalam sesebuah kumpulan kecil yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Anwar Zamani Jusop.

Pertandingan dimulai dengan larian sejauh 2.4km dan seterusnya melaksanakan pertandingan menembak di jarak 300m, 200m, dan 100m. Pertandingan ini dimenangi oleh Seksyen 1 dari Platun 4, Kompeni B.

Gambar: Sel Risik Pasukan

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online