Bersama PemimpinCovid19Semasa

Anggota TD Diberi Vaksin Bermula 8 Mac – PTD

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menjelaskan anggota Tentera Darat (TD) yang bertugas sebagai barisan hadapan akan diberi suntikan vaksin secara berperingkat bermula 8 Mac 2021.

“Kita akan buat secara berperingkat untuk lebih 26,000 anggota TD mengikut keutamaan penugasan,” jelas PTD ketika Sidang Media Sempena Perbarisan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-88 di Pusat Asas Latihan Tentera Darat pada 1 Mac 2020.

Tambah PTD lagi, beliau bersama 28 pegawai kanan TD sudah diberi suntikan vaksin untuk permulaan pada 26 Feb 2021 dan akan diberikan tidak lama lagi kepada petugas barisan hadapan.

“Tidak ada yang perlu dirisaukan dan saya boleh terus bertugas sebagai Panglima Tentera Darat sehingga hari ini dan tidak ada kesan sampingan,” ujarnya.

Beliau berharap program suntikan vaksin akan diteruskan terutama kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button