Bersama PemimpinMINDEFMK TDSemasa

Blueprint Agenda Pendidikan ATM

pendidikan anak tentera diutamakan

JOHOR: Seramai 2500 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Veteran berserta ahli keluarga, warga pendidik serta pelajar sekitar negeri Johor hadir dalam Majlis Pelancaran Blueprint Agenda Pendidikan, Kementerian Pertahanan 2018-2022 yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammudin  Tun Hussein disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), Kluang pada 10 Jan 2018.

Terdahulu MENHAN, PAT, PTD dan Panglima-panglima Perkhidmatan lain telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim, di 5 RAMD bagi meninjau lebih dekat sesi pembelajaran murid-murid serta prasarana sekolah yang disediakan kepada para pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut.

Pelaksanaan Blueprint ini dirangka bersandarkan tiga objektif utama iaitu memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga dan veteran ATM serta warga awam Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan perkhidmatan pendidikan melalui inisiatif kebajikan pendidikan dan menaik taraf kemudahan prasarana pendidikan.

Blueprint ini juga telah menggariskan empat tunjang utama yang perlu diberi tumpuan sepanjang tempoh lima tahun antaranya memfokuskan kepada pembangunan infra pendidikan di kesemua 38 buah sekolah di dalam kem ATM di seluruh negara dengan meneruskan projek penyelenggaraan bagi menambah baik fasiliti dan kelengkapan, selain itu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menaik taraf 9 buah sekolah rendah di dalam kem ATM dari Sekolah Harian Biasa kepada Sekolah Cemerlang.

Antara sekolah yang dimaksudkan adalah Sek Keb Tg Pengelih, Sek Keb Kem Iskandar, Sek Jenis Keb (T) Kem Askar Melayu, Sek Keb ATM Johor Baharu, Sek Keb Sir Ibrahim, Sek Keb Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sek Keb Pangkalan Tentera Kuantan, Sek Keb KEMENTAH serta Sek Keb TUDM Subang dan serentak itu juga 2 buah sekolah menengah terpilih iaitu Sek Men Keb Kem Terendak dan Sek Men Kebangsaan Pangkalan TLDM Lumut dari Sekolah Harian Biasa kepada Sekolah Berprestasi Tinggi serta menjadikannya sebagai Feeder School kepada UPNM dan Institusi Pengajian Tinggi Awam disamping bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) untuk membangunkan kemudahan jalur lebar yang lebih meluas di kesemua sekolah di dalam kem ATM di seluruh negara.

Selain daripada itu, perancangan ini turut memperkasa institusi pendidikan yang unggul seperti Maktab Tentera Diraja dan MRSM Terendak  dengan kerjasama MINDEF dan KPM untuk menaik taraf imej dan kecermelangan MTD kepada Sekolah Berprestij serta Cemerlang dalam bidang sukan dan akademik, selain bekerjasama dengan KPM,KKLW dan KKMM untuk melaksanakan projek pembangunan Infra, ICT dan senggaraan (projek khas) di MRSM Terendak untuk menjadikannya sebagai Feeder School kepada UPNM dan IPTA terpilih.

Tambahan daripada itu, program ini akan turut melaksanakan Tuisyen Online di kesemua 38 buah sekolah dan 7 buah pusat tuisyen di dalam kem ATM, perkhidmatan TASKA dengan memberikan perkhidmatan jagaan kepada anak-anak warga ATM berumur dua hingga empat tahun, perkhidmatan Feri Sekolah, Skim Bantuan Persekolahan kepada anak tentera, veteran dan warga awam Kementerian Pertahanan, Program Motivasi dan Parenting Skills melalui kerjasama ATM dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM, selain beberapa inisiatif baharu akan diwujudkan iaitu enam pusat Akses Perkasa atau Pusat Internet 1Malaysia di enam buah kem ATM untuk memberikan perkhidmatan Internet secara percuma kepada anak dan warga ATM serta meningkatkan kemudahan makmal komputer sekolah di dalam kem ATM.

Seterusnya, bagi mengiktiraf dan menghargai anggota, veteran dan warga awam Kementerian Pertahanan turut akan memberi tajaan biasiswa kepada anak-anak anggota dan veteran ATM yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, MINDEF juga akan bekerjasama KPT dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk meningkatkan tahap pendidikan anggota tentera melalui Program Accreditation of Prior Experiental Learning (APEL).

Tidak dilupakan juga bagi mengiktiraf serta menghargai sumbangan guru yang mengajar sekolah di dalam kem ATM, mereka akan diberi kemudahan mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dan hospital ATM serta kemudahan mendapatkan harga istimewa seperti warga ATM di kedai PERNAMA.

Dalam ucaptama PTD merangkap Pengerusi Teras Kebajikan Kementerian Pertahanan, beliau menyatakan bahawa Blueprint Agenda Pendidikan ATM 2018-2022 yang bakal dilancarkan merupakan inisiatif yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang komprehensif, aktif dan kondusif dalam kalangan anak-anak anggota, veteran dan warga awam Kementerian Pertahanan.

Di bawah teras kebajikan ATM beberapa program pendidikan telah dirangka bagi meningkatkan taraf akademik dan prasarana pendidikan anak-anak ATM. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan supaya mereka dapat mengikuti pelajaran dalam suasana aktif dan kondusif setara dengan perkembangan pendidikan masa kini. Justeru, warga ATM akan memperoleh ‘peace of mind’ dan dapat melaksanakan tugasan dengan lebih efisien”.

Tambahnya lagi, dalam menyokong agenda pendidikan Kementerian Pertahanan yang dilancarkan, sebanyak 14 syarikat industri pertahanan telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM1,180,000.00 kepada Tabung Amanah Pendidikan Kementerian Pertahanan, bagi melestarikan Blueprint Agenda Pendidikan Kementerian Pertahanan, beberapa kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan telah dimeterai.

Dalam pada itu, PTD turut menyerahkan Buku Blueprint Agenda Pendidikan kepada Menteri Pertahanan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak, dan Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

Menteri Pendidikan turut menyerahkan mock card yang melibatkan Maktab Tentera Diraja sebagai sekolah berprestij,cemerlang dalam bidang sukan serta akademik, seterusnya pengiktirafan kepada 9 buah sekolah dalam kem tentera sebagai calon sekolah cluster kecemerlangan.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Affendi Hj Buang, pegawai-pegawai kanan ATM dan warga 7 Briged.

Gambar: PW 2 Shahril Mat Ali dan Saifun Hakimi Zainon

[srizonfbalbum id=132]

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online