KUALA LUMPUR: Berkat kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan semasa mengikuti latihan ketenteraan di luar negara, empat Pegawai Kadet (PK) telah dipakaikan pangkat oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dan Pegawai Kadet Luar Negara di Bilik Tamu PTD pada 16 Jul 2018.
Terdahulu dari itu, PTD memakaikan pangkat Lt Kol kepada Timbalan Komandan PULAMOR, Mej Norman Mohd Sarid yang berkuat kuasa pada 13 Jul 2018 dan menjawat jawatan sebagai PS 1 Teknikal MK TD – Jab Arah Kor Armor Diraja.
Seterusnya empat PK luar negara yang disokong untuk penganugerahan tauliah tetap dan dipakaikan pangkat Lt M dimana dua daripadanya dari Australia Defence Force Academy (ADFA) iaitu PK Syed Faris A-Sagoff Syed Feisal yang diserap ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja dan PK Muhamad Suhail Shamimi diserap ke Kor Risik Diraja.
Dua lagi PK dimana salah seorang dari Royal Military College (RMC) Duntroon iaitu PK Syed Muhamad Nabil Syed Hassan diserap ke Rejimen Renjer Diraja manakala dari Singapore Armed Forces Training Institute (SAFTI) adalah PK Rahim Salleh yang diserap ke dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin.
Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya