Bersama PemimpinSemasa

Mej Jen Hj Abd Malik Hj Amid 4 Dekad Menabur Jasa Dalam Perkhidmatan

PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Mej Jen Hj Abd Malik Hj Amid diatas khidmat bakti, jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan setelah 41 tahun lima bulan dan 28 hari menabur bakti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

“Sesungguhnya persaraan Mej Jen Hj Abd Malik Hj Amid adalah satu kehilangan yang amat besar kepada TD selain mempunyai perwatakan yang disegani oleh semua lapisan dan kredibiliti serta kewibawaannya diperakui oleh banyak pihak,” kata PTD dalam ucapannya semasa menyempurnakan Perbarisan Penghargaan, Mej Jen Hj Abd Malik Hj Amid di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) pada 5 Okt 2020.

Tambah PTD lagi, di sebalik kejayaan seorang lelaki di belakangnya berdiri teguh seorang wanita yang hebat dan setia iaitu Hjh Rohayah Kamarudin yang merupakan watak utama yang tidak putus-putus memberi sokongan dan motivasi kepada suaminya.

Mengimbas keperibadian Mej Jen Hj Abd Malik HJ Amid, beliau akan bersara wajib daripada perkhidmatan berkuatkuasa 14 Okt 2020 dan mula menyertai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 16 Apr 1979 dan ditauliahkan dengan pangkat Lt Muda pada 2 Apr 1981.

Antara jawatan penting yang pernah disandang ialah Pegawai Memerintah 91 Depoh Bekalan Pusat, Pegawai Staf 1 Am di Jabatan Arah KPD, Pegawai memerintah 93 Batalion KPD dan Ketua Kumpulan di Kumpulan KPD.

Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala lumpur, Ketua Staf Markas Pemerintahan Logistik TD, Pengarah KPD dan jawatan terakhir beliau adalah Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM merangkap Pengerusi KPD Ke-11.

Terdahulu dari itu, Mej Jen Hj Abd Malik Hj Amid menerima tabik hormat terakhir dari kontinjen perbarisan  diketuai oleh Lt Kol Muhamad Fadzly Abd Kadir melibatkan empat detasmen terdiri dari 15 pegawai dan 137 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KPD dalam keadaan norma baharu mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam ucapan Mantan Pengerusi KPD, beliau berasa terharu dengan penganjuran Perbarisan Penghargaan ini yang membuktikan keprihatinan pucuk pimpinan Tentera Darat terhadap jasa dan pengorbanan beliau yang selama ini dicurahkan.

“Saya berharap usaha murni ini akan diteruskan oleh Kor dalam memastikan segenap lapisan pegawai dan anggota LLP di dalam KPD diberi pengiktirafan sewajarnya dalam apa juga bentuk sejajar dengan khidmat bakti dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau mahu melihat teraju kepimpinan KPD terus unggul dalam memacu Kor bagi memainkan peranan yang lebih relevan kepada TD khususnya dan ATM amnya disamping memastikan rancangan penstrukturan semula pasukan-pasukan KPD direncanakan sebaik-baiknya.

Turut hadir, AKS Logistik Pertahanan MK ATM merangkap Pengerusi KPD, Mej Jen Hj Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli, AKS Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Dato’ Hamdan Hj Ismail, Pemangku Panglima 2 Div, Brig Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid dan Pengarah KPD, Brig Jen Ezani Abdullah.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online