KUALA LUMPUR: Pegawai Kanan Markas Tentera Darat hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) di Bilik Kenanga pada 18 Okt 2018.
Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas TPTD diantara Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada TPTD yang baharu, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.
Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin dan AKS CSM, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.
Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli