PenghargaanSemasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pegawai dan 305 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Semboyan Diraja (RSD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Semboyan (KPS), Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat pada 18 Jan 2019.

Terdahulu dari itu (KPS), Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan menerima tabik hormat terakhir dari kontinjen perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen diketuai oleh Lt Kol Hamdan Abd Rahman serta diiringi gabungan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dan Brassband Wanita RSD.

Perbarisan ini merupakan simbolik bagi menghargai jasa, khidmat dan bakti yang telah dicurahkan oleh Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan selama 40 tahun di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

Majlis diteruskan dengan acara Serah Terima Tugas KPS di antara Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan dengan Brig Jen Ahmad Saifuddin Talha disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

Dalam ucapan KPS, beliau berasa terharu serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta mengucapkan terima kasih kepada PTD yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.

“Istimewa pada pagi ini, perbarisan ini turut dihadiri oleh rakan karib saya dari intake 33 forever together yang sederap selangkah bersama-sama melalui perit getir memerah keringat mengharungi rintangan sebagai bakal Pegawai Kadet 41 tahun yang lalu.

“Jutaan terima kasih juga kepada kepimpinan TD serta warga RSD yang telah memberi dorongan dan sokongan selama saya berkhidmat dalam ATM serta selama mana saya menerajui RSD sebagai KPS yang ke-14,” kata beliau.

Tambahnya lagi, sejak RSD ditubuhkan 66 tahun lalu, RSD merupakan organisasi yang dapat membanggakan TD dan ATM dengan semangat juang dan pengorbanan yang tinggi serta berkat cogan kata Gagah Setia dan Pantas Pasti, RSD berjaya mengatasi, mengharungi rintangan dan cabaran dengan jayanya.

Selain itu, beliau menyeru kepada warga RSD agar merapatkan saf dan sama-sama berusaha bersama PTD ke arah kecemerlangan serta jadikan ASAS sebagai landasan ke arah kecemerlangan itu.

Mengimbas keperibadian Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan, beliau dilahirkan pada 14 Mei 1959 di Hutan Melintang, Perak dan mula menyertai tentera pada 21 Dis 1978 selepas menamatkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja lalu menjalani latihan Pegawai Kadet dan ditauliahkan ke dalam RSD serta mendirikan rumahtangga dengan Datin Hasnah Che Sab serta mempunyai lima cahaya mata.

Turut hadir Pengarah Direktorat Peperangan Informasi, Brig Jen Dato’ Basri Kasban, mantan Ketua Staf ATM, Lt Jen (B) Dato’ Abu Muslim Ismail, mantan KPS, mantan pegawai kanan RSD serta Veteran RSD.

Gambar: SSjn Vijay Guandar Arikrishnan dan Kpl Ainur Aisyah Yahaya

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online