Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Bersyukur Dengan Keamanan Dikecapi – Tun Dr. Siti Hasmah

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Hj Mohamad Sabu menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Daripada Penyumbang Kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama isteri Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Siti Hasmah Hj Mohamad Ali merangkap Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH) Malaysia bertempat di Auditorioum Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 28 Mei 2019.

Dalam ucapan MENHAN beliau memaklumkan bahawa pengorbanan warga ATM dalam menentukan keamanan, kestabilan dan suasana harmoni warga Malaysia amat dihargai kerana para perwira dan para perajurit terus bertugas dalam suasana Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut nanti.

Sementara itu dalam ucapan balas isteri Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Siti Hasmah Hj Mohamad Ali meminta rakyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan mendoakan kesejahteraaan pasukan keselamatan yang berkorban tanpa mengira masa.

Beliau turut berkongsi kenangan ketika melawat pasukan keselamatan negara yang bertugas di Konjic, Bosnia suatu ketika dahulu, dimana wira-wira negara yang bertugas di luar negara menjalankan tanggungjawab dengan penuh taat setia dan sering dipuji kerana profesionalisme mereka.

“Kami cukup bangga melihat perajurit-perajurit negara yang berada di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan tugas dengan sangat profesional dan pasukan keselamatan negara kita terkenal sebab mereka pandai membina hospital lengkap dengan doktor-doktor pakar,” jelasnya lagi.

Pada tahun ini, ATM menerima sumbangan bernilai RM 1,452,900.00 daripada 53 agensi penyumbang yang terdiri daripada badan-badan korporat, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta dan persatuan sukarela.

Daripada 53 agensi, 39 agensi telah menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan, manakala 14 agensi lagi menyalurkan sumbangan berbentuk barangan.

ATM turut menerima sumbangan wang zakat yang disalurkan kepada Tabung Zakat ATM daripada Affin Islamic Bank Berhad sebanyak RM 500,000.00, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad sebanyak RM 350,000.00, Affin Hwang Investment Bank Berhad sebanyak RM 300,000.00 dan RM 300,000.00 lagi disumbangkan kepada Yayasan Veteran ATM.

Badan Kebajikan Amal Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM turut membantu dengan menyumbangkan tenaga kerja bagi menyediakan 15,000 unit bungkusan beg hari raya.

Terdahulu ketibaan isteri PM disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong,
Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang.


Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

[custom-facebook-feed album=2703242146371350]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online