KUALA LUMPUR: Semua warga Markas Tentera Darat (MKTD) hadir dalam Perjumpaan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bersama warga MKTD sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Serbaguna, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira pada 29 Mei 2019.
Tujuan perjumpaan PTD adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri selain menasihatkan anggota yang bekerja di MKTD yang akan pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalan raya dan merancang perjalanan serta mengingatkan anggota supaya berbelanjalah dengan bijak di hari raya.
Kepada warga Markas Tentera Darat yang akan bertugas semasa hari raya ini, saya berbangga atas komitmen jitu saudara-saudari mengutamakan tugas demi negara dan perkhidmatan, saya ingatkan, laksanakan amanah seperti kebiasaannya tanpa cuai atau lalai, khidmat anda di waktu rakan-rakan yang lain berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai adalah satu pengorbanan yang mulia, amat dihargai dan disanjung tinggi
Saya berharap anda semua jangan terlalu gembira pulang ke kampung sebaliknya perlu berhati-hati dijalan raya dan pastikan kenderaan anda semua diselengara dengan baik supaya selamat ke destinasi yang dituju agar kepulangan anda disambut dengan gembira bukannya tangisan,” ujar PTD.
Beliau turut berpesan kepada warga MKTD agar mengambil peluang dan kesempatan yang ada ini supaya pulang ke kampung halaman berjumpa dengan ibubapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi tali silaturahim yang terjalin dan diakhir majlis beliau bersalaman bersama seluruh warga MKTD.
Turut hadir Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato’ Zakaria Hj Yadi, Pegawai-pegawai Kanan TD serta anggota LLP.
Gambar: Saifun Hakimi Zainon