Tag: MK TD

  • Warga TD Terima Bubur Asyura

    Warga TD Terima Bubur Asyura

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Tertinggi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri To’ Puan Seri Hjh Hartiah Hamzah telah menyempurnakan Program Pengagihan Bubur Asyura Peringkat Markas Tentera Darat (MK TD) dan BAKAT TD bertempat di Perkarangan Kementerian Pertahanan pada 18 Jul 2025.

    Majlis yang penuh keberkatan ini dianjurkan bersempena bulan Muharam bagi menyemarakkan semangat ukhwah dalam kalangan warga TD serta mengangkat nilai murni dan kebersamaan dalam menghayati keindahan bulan muharam.

    Terdahulu, usai ketibaan PTD dan isteri acara bergambar mendahului mengisian program sebelum diteruskan dengan pengagihan kepada ketua-ketua BCJ.

    Selain itu, PTD dan isteri turut mengagihkan bubur asyura kepada warga tentera dan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan bagi merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.

    Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat,  Mej Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norshm Md Tap. Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Faridhulathroth Hj Hashim, Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, PW I Mohamad Fauzi A. Rahman

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan

  • Lawatan Rasmi Timbalan MENHAN Ke MK TD

    Lawatan Rasmi Timbalan MENHAN Ke MK TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan (MENHAN), Tuan Hj Adly Zahari melakukan Lawatan Rasmi ke Markas Tentera Darat (MK TD) di Wisma Pertahanan pada 3 Jan 2023.

    Lawatan rasmi ini bersempena perlantikannya sebagai Timbalan MENHAN yang telah memulakan tugas pada 12 Dis 2022 setelah dipilih oleh Perdana Menteri bagi menerajui Kementerian Pertahanan.

    Terdahulu ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman lalu diperkenalkan kepada barisan kepimpinan tertinggi Tentera Darat (TD).

    Seterusnya, Timbalan MENHAN menandatangani Buku Lawatan di Pejabat PTD sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat MK TD bagi mendengar sesi taklimat berkenaan pengoperasian dan sistem tadbir urus TD.

    Lawatan diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan dan sesi bergambar.

    Pelaksanaan acara ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Perjumpaan PTD Bersama Warga MKTD

    KUALA LUMPUR: Semua warga Markas Tentera Darat (MKTD) hadir dalam Perjumpaan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bersama warga MKTD sempena Hari Raya Aidilfitri  bertempat di Dewan Serbaguna, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira pada 29 Mei 2019.

    Tujuan perjumpaan PTD adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri selain menasihatkan anggota yang bekerja di MKTD yang akan pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalan raya dan merancang perjalanan serta mengingatkan anggota supaya berbelanjalah dengan bijak di hari raya.

    Kepada warga Markas Tentera Darat yang akan bertugas semasa hari raya ini, saya berbangga atas komitmen jitu saudara-saudari mengutamakan tugas demi negara dan perkhidmatan, saya ingatkan, laksanakan amanah seperti kebiasaannya tanpa cuai atau lalai, khidmat anda di waktu rakan-rakan yang lain berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai adalah satu pengorbanan yang mulia, amat dihargai dan disanjung tinggi

    Saya berharap anda semua jangan terlalu gembira pulang ke kampung sebaliknya perlu berhati-hati dijalan raya dan pastikan kenderaan anda semua diselengara dengan baik supaya selamat ke destinasi yang dituju agar kepulangan anda disambut dengan gembira bukannya tangisan,” ujar PTD.

    Beliau turut berpesan kepada warga MKTD agar mengambil peluang dan kesempatan yang ada ini supaya pulang ke kampung halaman berjumpa dengan ibubapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi tali silaturahim yang terjalin dan diakhir majlis beliau bersalaman bersama seluruh warga MKTD.

    Turut hadir Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato’ Zakaria Hj Yadi, Pegawai-pegawai Kanan TD serta anggota LLP.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR: Seramai empat pegawai kanan dipakaikan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Pejabat PTD pada 4 Sep 2018.

    Majlis dimulakan dengan Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dipakaikan pangkat Lt Jen serta menjawat jawatan  sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat dan Brig Jen Dato’ Ahmad Tajudin Abdul Ghani dipakaikan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai AKS Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Darat (MK TD).

    Manakala dua lagi pegawai kanan iaitu Kol Malek Sulaiman dipakaikan pangkat Brig Jen serta menjawat jawatan Ketua Pengarah Pembangunan, Cawangan Perancangan dan Pembangunan, MK TD dan Lt Kol Zahar Ariffin dipakaikan pangkat Kol serta menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Komunikasi, Jabatan Arah Semboyan, MK TD.

    Turut hadir AKS CSM, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, AKS OPLAT, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran dan pegawai kanan TD serta ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

     

  • Khutbah Khas Solat Jumaat Sempena Hari TD Ke-85

    KUALA LUMPUR:  Seramai 1000 warga Tentera Darat (TD) serta masyarakat awam sekitar Sungai Besi menghadiri Khutbah Khas Solat Jumaat Sempena Hari Tentera Darat Ke-85 di Masjid Toriq Ziyad Kem Perdana Sungai Besi pada 2 Mac 2018.

    Khutbah Khas ini  bertemakan Sehati Sejiwa Mendukung TD yang dibacakan oleh Pegawai Staf 1 Agama MK TD, Lt Kol Muhamad Azmi  Wahab yang mana intipati khutbah mengajak seluruh warga TD serta  jemaah untuk memperkasakan lagi takwa masing-masing kepada Allah dengan berkemahuan tinggi melakukan apa yang diperintahkan dan di dalam masa yang sama memiliki kekuatan yang kental untuk menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

    Terdahulu dari itu Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bersama warga TD membaca Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari TD Ke-85.

    Semasa Khatib membaca khutbah, beliau berpesan TD mestilah bertekad dan menggenggam keazaman yang tinggi untuk terus menunjangi serta mendominasi aspek ketahanan pertahanan negara yang mana perlu memberi tumpuan kepada kemampuan dalam operasi konvensional, operasi bersama dan latihan bersama dengan tentera daripada luar negara.

    Selain itu anggota TD juga semestinya memiliki kekuatan fikrah, minda yang cerdas, aktif dan dinamik yang mampu membina daya intelektual yang tinggi serta berdaya maju lebih-lebih lagi di era ledakan maklumat yang mementingkan manusia aktif serta pantas berfikir bagi membina kekuatan minda yang berkeupayaan tinggi sehingga berjaya meletakkan TD sebaris dengan organisasi lain.

    “Sehati sejiwa mendukung TD adalah ungkapan yang menggambarkan keutuhan, kesatuan, kebersamaan serta kesefahaman warga TD dalam menempuh detik kesusahan, kesukaran dan saat mengecapi kejayaan dimana ramuan inilah yang telah menjadikan TD terus bergerak ke hadapan dan diyakini oleh seluruh rakyat akan kewujudan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

    “Sesuai dengan tugas semua warga TD dituntut untuk mendukung pengukuhan kesepaduan angkatan dengan mengenepikan sebarang bentuk elemen yang boleh membawa kepada perpecahan seterusnya melemahkan kesatuan melalui kesepaduan pemikiran,” kata Khatib.

    Pada masa sama Khatib turut berpesan berkenaan kewujudan TD sebagai tonggak utama benteng pertahanan negara sejak 85 tahun yang lalu adalah hasil daripada sumbangan bakti serta pengorbanan pahlawan terdahulu telah diwarisi oleh generasi kini yang mana sejarah bermula dari episod perjuangan menentang penjajahan Jepun diikuti era konfrontasi, peperangan melawan insurgensi serta disusuli tragedi pencerobohan di Lahad Datu  yang merupakan manifestasi keberanian, kesetiaan,keikhlasan dalam memikul amanah mempertahankan kedaulatan negara.

    Di akhir khutbah, Khatib mengingatkan warga TD perlu berfikiran futuristik dan bersikap kompetitif dengan kebijaksanaan menguasai teknologi serta menyepadukan semangat esprit de corp bagi memantapkan aspek pengurusan di semua peringkat selain berusaha meningkatkan kualiti hidup demi melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas, amanah dan bertanggungjawab serta menghindari dari terlibat dalam perkara yang boleh mencalarkan nama baik TD.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin serta pegawai kanan TD.