KesihatanMK TDSemasa

Senamrobik Perdana MKK 2022 Tingkatkan Kecergasan Warga ATM

KUALA LUMPUR: Seramai lebih 300 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada warga Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) dan Markas Tentera Darat (MK TD) terlibat dalam aktiviti Senamrobik Perdana sempena Minggu Kesihatan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) 2022 yang disempurnakan oleh Pengarah Pergigian, Mej Jen Dato’ Dr Zulkifli Zainal Abidin di Padang Kawad Kem KEMENTAH pada 23 Nov 2022.

Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh jurulatih dari Tim Primadona ini merupakan salah satu program yang dirancang sempena Minggu Kesihatan KEMENTAH bagi menyedarkan warga ATM mengenai pentingnya menjaga kesihatan jantung dengan melakukan senaman serta membudayakan amalan gaya hidup sihat bertemakan Live Life at a Healthy Volume.

Aktiviti seperti ini selari dengan Tonggak Kedua dan Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi dan Pelestarian Kesejahteraan Warga yang memberi penekanan terhadap pengukuhan kesepaduan angkatan serta penekanan terhadap aspek kesihatan fizikal dan rohani warga ATM.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Merangkap Pengerusi Minggu Kesihatan KEMENTAH, Brig Jen Dato’ Pahlawan Dr Ghazali Mohd Taha dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button