Semasa

MENHAN Berbuka Puasa Bersama Warga PULADA

JOHOR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 600 warga Tentera Darat (TD) di Dewan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) pada 30 Mac 2024.

Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan lalu dibawa melawat gerak kerja senggaraan yang telah dilaksanakan di kediaman ini.

Semasa lawatan, MENHAN berkesempatan menyantuni dua anggota dan waris penghuni RKAT Desa PULADA dengan menyerahkan sumbangan hamper dan sejumlah wang tunai.

MENHAN kemudian beramah mesra bersama warga PULADA yang menghadiri majlis berbuka puasa sebelum menyampaikan simbolik penyerahan Mock Cheque bernilai RM199.5 juta bagi Peruntukan Keseluruhan Senggaraan RKAT Tahun 2024 kepada PTD.

Simbolik penyerahan ini membuktikan Kementerian Pertahanan sentiasa komited dalam usaha memelihara kebajikan dan kemaslahatan warga TD.

Setelah berbuka puasa, MENHAN dan warga PULADA menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Al-Hidayah.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi
Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dr. Mohd Bakhari Ismail.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online