KUALA LUMPUR: Seramai 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) KRD di antara PW I Mohammad Rafei Abdul Rahman dengan PW I Khairul Afizol Md Noh di Padang Kawad Bahagian Staf Perisikan Pertahanan pada 4 Sep 2019.
Perbarisan diketuai PW I Suhaimi Ahmad yang terdiri daripada tiga detasmen diiringi pancaragam dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Majlis diteruskan dengan acara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Serah Tongkat Kuasa SMR KRD disaksikan Inspektor Jeneral, Brig Jen Hj Abdul Rashid Hj Modzni.
Dalam ucapan SMR KRD, beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan yang telah banyak memberi galakkan dan sokongan selama beliau berkhidmat di dalam KRD khasnya dan Tentera Darat (TD) amnya.
“Saya percaya, semua diantara kita telah memahami apakah kehendak dan harapan pucuk pimpinan tertinggi KRD yang telah diterjemahkan dalam kod etika warga perisikan dalam usaha memartabatkan dan meletakkan KRD setanding dengan lain-lain kor dalam TD.
“walaupun senario pimpinan di peringkat negara sudah berubah, namun bentuk ancaman yang perlu kita tangani dan kita hadapi dari pelbagai sudut tetap wujud.
“atas keperluan serta kehendak penugasan, disamping kemahiran yang kita ada, kod etika warga perisikan masih relevan dan perlu diamalkan kerana ianya panduan lengkap bagi seorang warga perisikan dalam melaksanakan tugas di masa kini,” ujar SMR KRD.
Mengimbas keperibadian keperibadian mantan SMR KRD, PW I Mohammad Rafei Abdul Rahman dilahirkan pada 29 Nov 1976 di Selama, Perak dan mula menceburi bidang ketenteraan pada 1 Sep 1999 dan telah mendirikan rumah tangga dengan Zuhasnani Zakaria serta dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Turut hadir pegawai kanan, SMR dari lain-lain kor dan warga KRD.
Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya dan Sel GEOINT BSPP