Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Majlis Pelancaran Yayasan Amanah ATM

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Yayasan Amanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Dewan Salahuddin Al-Ayubi Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH pada 27 Dis 2019.

Yayasan Amanah ATM diadakan untuk mewujudkan mekanisme penyaluran dana (sumbangan) secara efektif melalui akaun Yayasan yang tersusun dan sempurna.

Selain itu ianya bertujuan untuk menyemai budaya membantu di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ATM untuk sama merasai kepayahan serta kekurangan yang dihadapi oleh golongan atau kelompok yang kurang berkemampuan.

Pengumpulan dana adalah melalui inisiatif sedekah jariah dan sumbangan sukarela serta melaksanakan pemotongan gaji secara berpusat kepada warga ATM dan Awam Kementerian Pertahanan yang berminat untuk menyumbang kepada yayasan tersebut.

Matlamat penubuhan yayasan ini adalah seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang diperkenalkan oleh kerajaan, selain itu juga selari dengan matlamat yang didukung oleh United Nations Agenda 2030 untuk mencapai Agenda Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals) di mana, pendekatan pembangunan inklusif tidak akan meminggirkan sesiapa pun di bawah prinsip leaving no one behind.

Melalui inisiatif serta penubuhan yayasan ini, usaha untuk meningkatkan kualiti hidup di kalangan warga Kementerian dan ATM tidak akan terhenti dan berkesinambungan serta akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan juga agama.

Pada masa sama diadakan sempena pelancaran yayasan ini adalah penyampaian dana sumbangan kepada yayasan berkenaan iaitu Markas ATM, ketiga-tiga cabang Perkhidmatan ATM, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amanah ATM, Koperasi Tentera, Tabung Zakat ATM, SCS Sdn. Bhd dan Sapuran Secured Technologies.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang dan Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

[custom-facebook-feed album=3150155131680047]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online