HUTMINDEFSemasa

MMR PTT Kanan KRD

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan menyempurnakan Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tidak Tauliah  Kanan (PTTK) sempena Hari Ulang Tahun KRD Ke-50 yang dihadiri seramai 314 PTTK KRD diiringi Pancaragam dari Pusat Latihan Muzik Tentera Darat di bawah pimpinan PW II Mohd Daud Hasun bertempat di Grand Ballroom, Hotel Continental pada 31 Jan 2020.

Dalam ucapan Pengerusi, beliau menyatakan bahawa warga KRD seharusnya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk memikul amanah sebagai tunggak utama dalam mengesan, mencegah dan juga membanteras ancaman keselamatan demi memelihara kemanan dan kedaulatan negara.

“Pucuk pimpinan KRD telah menetapkan sasaran dan hala tuju yang jelas kepada kita semua dan kita haruslah berbangga dengan kejayaan dalam penambahbaikkan dan penstrukturan penjawatan KRD”, ujarnya.

Turut hadir Pengarah Kor Risik Diraja (KRD), Kol Hj Idros Hj Muhammad, Sarjan Mejar Rejimen KRD, PW I Khairul Afizol Md Noh.

[custom-facebook-feed album=3237560559606170]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online