BAKATSemasa

Majlis Solat Sunat Sempena Pembukaan Aktiviti BAKAT Darat

KUALA LUMPUR: Seramai 140 ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat terlibat dalam Majlis Pembukaan Aktiviti BAKAT Darat Tahun 2020 yang dihadiri Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat, Puan Sri Datin Seri Noor Akmar Yaacob bertempat di Rumah BAKAT Darat pada 04 Feb 2020.

Majlis diisi dengan aktiviti keagamaan seperti Solat Hajat, Dhuha, Tasbih dan Taubat dipimpin oleh  Mej (Ustazah) Norhayati Md Yusof bertujuan untuk memohon agar dipermudahkan segala urusan aktiviti BAKAT Darat yang akan dijalankan pada tahun ini.

Selain itu, majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara ahli-ahli BAKAT yang lain.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat, Datin Norhanita Abdul Hamid, Naib Pengerusi I Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Hjh Raja Mariah Raja Latif dan Naib Pengerusi II Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Zainuriah Hj Mustapha.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online