Bersama PemimpinMK Medan TimurSemasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

SABAH: Seramai tiga pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat semasa Pertunjukan Tatu Sempena Hari TD Ke-87 di Stadium Likas pada 29 Feb 2020.

Kenaikan pangkat tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

Pegawai kanan yang dinaikkan pangkat adalah Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah yang dinaikkan pangkat ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia.

Manakala dua lagi pegawai kanan dinaikkan pangkat Mej Jen ialah Brig Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Brig Jen Suriakala Suriabagavan.

Terdahulu sebelum itu, PTD turut memakaikan Pangkat Kehormat kepada Ketua Menteri Sabah dan Ketua Setiausaha Negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Hj Apdal dianugerahkan pangkat Brig Jen Kehormat dan memegang jawatan sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Sabah manakala Ketua Setiausaha Negeri Sabah, Datuk Hj Safar Untong dianugerahkan pangkat Kol Kehormat.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami dan pegawai kanan TD.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Sjn Saiful Fazley Rusli

[custom-facebook-feed album=3303552129673679]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online