2 DivOP PENAWARSemasa

4 Bgd Hasilkan PPE Untuk Barisan Hadapan

PAHANG : MK 4 Bgd (Mek) dan BAKAT 4 Bgd (Mek) mengambil inisiatif untuk menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan di negeri ini untuk diserahkan kepada petugas-petugas barisan hadapan.

Antara NGO dan sukarelawan yang menyertai kerja-kerja membuat PPE ini adalah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Pandu Puteri, Puteri UMNO, Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), BAKAT 4 Bgd (Mek), Pengakap, Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) dan juga Penjara Bentong serta Penjara Penor.

Penghasilan PPE ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dan dibuat berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh JKN.

Kerajaan Negeri mengeluarkan pembelanjaan untuk membeli bahan mentah manakala NGO dan sukarelawan yang terlibat akan menghasilkan PPE sebelum diserahkan kepada pihak yang berkaitan.

PPE yang dihasilkan ini merangkumi beberapa bahagian seperti head cover, gaun, boot cover dan face shield.

MK 4 Bgd (Mek) dan ahli BAKAT menghasilkan face shield untuk pasukan hadapan (frontliner).

Sehingga kini, MK 4 Bgd (Mek) dan BAKAT 4 Bgd (Mek) telah menyerahkan face shield pada fasa ke 4 kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang sebanyak 1433 keping bermula 27 Mac 2020 sehingga 10 April 2020

— Markas Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanize)

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online