KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menerima sumbangan barangan keperluan petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) barisan hadapan bagi Operasi PENAWAR daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat, Nizam Sani di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan pada 23 Apr 2020.
Yayasan Bank Rakyat telah menyumbang 2,000 botol hand sanitizer, 5,000 keping topeng muka dan 5,000 pasang sarung tangan bagi kegunaan warga ATM khususnya TD dalam pelaksanaan sepanjang OP PENAWAR.
Terdahulu PTD berkata pada fasa pertama PKP pada 18 hingga 31 Mac lepas, ATM mengerahkan antara 5,000 hingga 6,000 anggota namun pelaksanaan PKP fasa kedua yang lebih ketat menyebabkan jumlah anggota terlibat ditambah.
PTD juga mengalu-alukan sumbangan khidmat sosial korporat seperti ini sebagai tanda keperihatinan masyarakat terhadap petugas barisan hadapan dalam menghadapi penularan wabak Covid-19.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi dan pegawai kanan TD.