Bersama PemimpinSemasa

Pegawai Kanan TD Pakai Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai tiga pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Zamrose Mohd Zain di Pejabat PTD pada 21 Jul 2020.

Mendahului senarai, Mej Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman yang dinaikkan pangkat ke Lt Jen dan kekal menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf (AKS), Perkhidmatan Anggota MK ATM, manakala Brig Jen Dato’ Nazri Abu Bakar dinaikkan pangkat ke Mej Jen serta memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) MK ATM.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Kol (Kehormat) kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis, Azman Mohd Yusuf yang menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perlis.

Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi, AKS Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin.

Gambar: LKpl Mohammad Shahrun Nizam Mohamad Radzuan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online