KELANTAN: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melaksanakan lawatan ke MK 8 Bgd, Kem Pengkalan Chepa diiringi Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose Mohd Zain pada 26 Jul 2020.
Menteri Kanan Pertahanan telah diberikan penghormatan memeriksa Kawalan Kuarter dari Bn 21 RAMD dan seterusnya Panglima 8 Bgd, Brig Jen Zamsari Abu Hasan telah menyampaikan taklimat perkembangan terkini 8 Bgd termasuk pencapaian Op BENTENG.
Terdahulu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan kunjungan ke rumah veteran ATM dari Kor Armor Diraja yang kini terlantar akibat serangan strok di Pengkalan Chepa Kelantan dalam program cakna veteran.
Ucaptama Menteri Kanan Pertahanan semasa Majlis Jamuan Bersama Warga 8 Bgd di Dewan Hamid Bidin antara intipati ucapan beliau adalah kerjasama PDRM dan ATM dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diterima baik oleh rakyat bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Antara lain Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beliau menjelaskan berkenaan rumah mampu milik di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di mana ia diwujudkan untuk membantu warga ATM memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran yang mana dapat dimanfaatkan oleh semua anggota dan veteran ATM.
Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada ATM yang mengetuai Op BENTENG dan beliau menyatakan hasrat kerajaan berkaitan perolehan aset ATM dan menaik taraf Kem Pengkalan Chepa serta Kem Desa Pahlawan sebagai langkah ke arah peningkatan kesejahteraan warga 8 Bgd.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz dan Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Mardzuki Mohamad serta pegawai kanan TD .
Gambar: Saifun Hakimi Zainon