Bersama PemimpinMINDEFMK Medan BaratSemasa

Lawatan Kebajikan Menteri Kanan Pertahanan

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melakukan Lawatan Kebajikan ke atas waris anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) bertempat di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Razak pada 26 Dis 2020.

Lawatan Kebajikan terhadap Adik Muhammad Aisy Mohd Azhar, berumur 11 bulan merupakan waris kepada Sjn Mohd Azhar Mohd Kasim yang merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik.

Adik Muhammad Aisy Mohd Azhar menghidapi Syndrome Down, paru-paru berair, jantung berlubang, tulang belakang bengkok dan lapisan kulit perut nipis.

Di samping itu, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan terhadap adik Muhammad Aisy Mohd Azhar.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Azizi, serta Asisten Ketua staf Operasi dan Latihan, Mej Jen Datuk Hj Hamdan Hj Ismail.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online