Semasa

Penyerahan Wang Yuran KSSKA Serta Sumbangan Asas dan Geran Sepadan

KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) diwakili oleh Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redzwan menerima wang yuran Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan (KSSKA) tahun 2020 serta sumbangan asas dan geran sepadan tahun 2021 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara (PTU) selaku Yang Dipertua KSSKA, Jen Tan Sri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM di Wisma Pertahanan pada 25 Feb 2021.

Peruntukan wang tersebut disalurkan bertujuan melaksanakan kegiatan berkaitan aktiviti sukan, sosial, Kebajikan, aktiviti agama serta aktiviti BAKAT di pelbagai peringkat melalui Markas perkhidmatan kepada unit-unit.

Penyerahan Mock Cheque keahlian serta sumbangan asas dan geran sepadan ini melibatkan TD, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM, dan Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT).

Turut hadir, Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir MK TLDM, Laksamana Pertama Abd Halim Hj Shaari, AKS Tadbir MK TUDM, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi Hj Sahri TUDM, Pegawai Staf 1 BAKAT ATM, Lt Kol Azlinda Ab Rahmah dan Pegawai Staf 2 MSAT, Mej Subarao Poliah TUDM.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button