Bersama PemimpinSemasaTragedi

Peristiwa Bakara Market 27 Tahun Lalu Dibukukan

KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Pelancaran Buku Somalia: Belang Harimau Besi yang mengisahkan peristiwa 27 tahun lalu pasukan Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) (Mek) semasa melaksanakan misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Dewan Zainal SP pada 26 Mac 2021.

Buku yang menceritakan fakta sebenar tentang kehebatan dan kejayaan serta suka duka 19 RAMD (Mek) ini hasil kolaborasi di antara Tentera Darat (TD) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk memaparkan fakta sebenar berkenaan tragedi berdarah di bumi Somalia di bawah Panji Malaysian Battalion 1 (MALBATT 1), UNOSCOM II SOMALIA pada 1 Jul 1993 hingga 9 Jan 1994.

Selain itu ianya juga menceritakan tentang gugurnya perwira bangsa serta pengalaman penulis iaitu Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid yang ketika itu berpangkat Kapt yang turut bertugas disana.

Ia juga sekaligus bermatlamat membetulkan tanggapan kurang tepat yang telah menidakkan pengorbanan dan perjuangan wira TD ketika itu bagi memastikan generasi TD masa kini dan juga rakyat Malaysia, mengetahui perit getir yang dilalui warga TD dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Sementara itu, semasa Sidang Media, Panglima 5 Div menjelaskan buku ini mengandungi hampir 200 gambar bagi menarik minat pembaca khasnya anak muda supaya dapat dihayati dan memberikan gambaran situasi tersebut ketika membacanya.

“Saya berharap hasil kolaborasi dengan DBP, buku ini dapat menjadi bahan bacaan teras yang wajib dibaca oleh pelajar sekolah agar generasi pada masa kini dapat menjiwai dan menghargai keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini,” kata Panglima 5 Div.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Hafizuddeain Jantan dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP, Hj Abdul Halim Hj Harun.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online