LawatanSemasa

Kunjungan Hormat Sempena Persaraan AKS Perisikan

KUALA LUMPUR: Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Lt Jen Dato’ Rezil Shahidin telah melakukan Kunjungan Hormat kepada Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum persaraan beliau pada 20 Apr 2021.

Terdahulu Ketua Staf (KS) ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi menerima Kunjungan Hormat dari AKS Perisikan, Lt Jen Dato’ Rezil Shahidin yang akan bersara dari perkhidmatan Tentera Darat (TD) amnya dan Kor Risik Diraja (KRD) khasnya.

Seterusnya, AKS Perisikan turut melakukan Kunjungan Hormat kepada Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM yang merupakan rakan seangkatan beliau ketika kadet pada suatu ketika dahulu.

Sesi Kunjungan Hormat AKS Perisikan diteruskan dengan Kunjungan Hormat Keatas Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang diadakan di Pejabat PMB TD.

Acara Kunjungan Hormat ini diserikan lagi dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan sebelum AKS Perisikan bersara.

Kesemua Kunjungan Hormat tersebut dilakukan secara norma baharu dengan mematuhi Standard Operasi Prosuder (SOP) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online