Bersama PemimpinSemasa

Tanggungjawab Baharu Buat Mej Jen Hamzah Ali

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyaksikan Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Tentera Darat yang diadakan di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 28 Apr 2021.

Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan, Markas Tentera Darat diantara Lt Jen Dato’ Rezil Shahidin yang akan menamatkan perkhidmatannya dan menyerahkan tugas kepada Mej Jen Hamzah Ali.

Mengimbas keperibadian Lt Jen Dato’ Rezil Shahidin, beliau dilahirkan pada 2 Okt 1961 di Batu Pahat, Johor dan menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 1 Jun 1980 serta ditauliahkan sebagai Lt M pada 17 Jun 1982.

Beliau telah menyandang beberapa jawatan penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat (TD) iaitu sebagai Ketua Perisikan Batalion 165 Risik Tentera Darat (TD), Ketua 92 Anggota Tentera Cawangan Khas dan jawatan terakhir beliau sebagai AKS Perisikan MK TD.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman serta pegawai-pegawai kanan Markas Tentera Darat.

Gambar:  SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Sjn Saiful Fazley Rusli

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button