Bersama PemimpinCovid19Semasa

ATM Bina Enam Hospital Medan – Menteri Kanan Pertahanan

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan penambahan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan susulan penambahan peruntukan kewangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam mempertingkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam bagi menangani masalah COVID-19 di dalam negara.

“ATM ada kemampuan untuk membina dua hospital medan termasuk sebuah yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta.

“Melalui peruntukan baharu ini, ATM akan menambah enam lagi hospital medan dan menjadikan lapan keseluruhannya,” jelas Menteri Kanan Pertahanan ketika sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular ATM di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan pada 3 Jun 2021.

Hospital Modular ATM ini merupakan sumbangan CSR Syarikat WCT Building Values bernilai lebih RM 20 juta menggunakan konsep Pre-Fabricated Modules dan boleh memuatkan 64 katil termasuk 16 katil ICU.

Struktur serta kelengkapan asas modul ini memenuhi keperluan bagi kawalan penyakit berjangkit dan sesuai digunakan bagi rawatan COVID-19 bagi kesemua kategori COVID-19.

Dalam jangka masa panjang, kompleks Hospital Modular ATM boleh digunakan sebahagian daripada Kesiagaan Pertahanan Terhadap Ancaman Biologi pada masa hadapan, Pusat Latihan Klinikal dan Kawalan Penyakit Berjangkit serta Pusat Latihan dan Simulasi Makeshift Hospital bagi anggota kesihatan ATM.

Pembinaan hospital ini mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan tetapi sekiranya mendapat kelulusan lebih cepat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ianya mengambil masa selama dua bulan sahaja untuk disiapkan.

Terdahulu ketibaan Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dan seterusnya dibawa melawat dry-run proses pemberian vaksin secara pandu lalu atau drive through di hadapan perkarangan Lobi Utama HAT Tuanku Mizan.

Konsep pemberian vaksin akan lebih mudah dan akan mempercepatkan lagi program pemberian vaksin dimana melalui proses yang lebih cepat, selesa dan selamat ini akan mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan rakyat dengan lebih berkesan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz.

Gambar: Pbt Mohamad Shukri Suhaimi

 

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online