KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Pemeriksaan Bas 44 Penumpang yang diterima Tentera Darat (TD) di bawah Perolehan Rolling Plan bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP) pada 3 Jun 2021.
Sebaik ketibaan PTD, majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DRB Hicom Defence Technologies Sdn Bhd, Mohd Fazley Ariffin yang mana TD menerima sebanyak enam buah bas bagi kegunaan organisasi TD.
PTD kemudiannya dibawa menaiki Bas 44 Penumpang tersebut bagi merasai pengalaman sesi pandu uji kenderaan lalu diteruskan dengan simbolik acara penyerahan Replika Kunci Bas kepada PTD.
Penerimaan aset baharu ini bertepatan dengan salah satu Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan iaitu penumpuan kepada perolehan serta penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TD berada pada tahap terbaik untuk sebarang atur gerak operasi.
Turut hadir, Panglima Logistik TD, Mej Jen Muhammad Ariff Soo Abdullah dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi
Gambar: Pbt Mohammad Shafirin Mohd Radzi