Bersama PemimpinKebajikanMK TDSemasa

Mantan PAT Ketujuh Selamat Disemadikan

 

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Jen (B) Tan Sri Datuk Amar (Dr) Mohd Ghazali Mohd Seth di Masjid Khalid Al-Walid pada 24 Ogos 2021.

Allahyarham merupakan Mantan PAT Ketujuh dilantik dari tahun 1982 hingga 1985 setelah memegang jawatan sebagai PTD selama lima tahun.

Mantan PAT menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur kemudian dibawa ke Masjid Khalid Al Walid untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Proses pengurusan jenazah dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disertai pegawai kanan ATM dan ahli keluarga terdekat.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button