MK Medan BaratPenghargaanSemasa

40 Tahun Jasa Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami Dalam Tentera

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami diatas khidmat bakti dengan mengorbankan seluruh jiwa dan raganya sepanjang 40 tahun perkhidmatan di dalam tentera.

“Sepanjang kerjayanya beliau sentiasa bersedia mencurahkan keringat serta menyumbang masa dan tenaga semata-mata untuk melihat kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” tegas PTD.

Tambah PTD lagi, usaha Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami dalam memartabatkan Tentera Darat (TD) sebagai benteng pertahanan negara yang terunggul adalah menjadi keutamaan beliau.

“Kesungguhan dan ketokohan sebagai pemimpin yang cemerlang amat wajar diteladani dan dicontohi oleh generasi baru kepimpinan Rejimen Askar Melayu Diraja khasnya dan TD amnya,” ujar PTD.

PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 3 Dis 2020.

Mengimbas keperibadian Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami, beliau dilahirkan di Banting, Selangor dan mula menceburi bidang ketenteraan dengan mengikuti latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada tahun 1980.

Beliau kemudian ditauliahkan dengan pangkat Lt M pada 11 Apr 1981 ke dalam RAMD dan memulakan perkhidmatannya di 9 RAMD yang ketika itu berada di Kedah.

Antara jawatan yang pernah disandang ialah Pegawai Memerintah Batalion Ke-25 RAMD, Panglima 12 Bgd, Panglima 3 Bgd, Head of Mission International Monitoring Team, Mindanao Panglima Latihan TD dan jawatan terakhir beliau Panglima Medan Barat Tentera Darat.

Beliau memiliki kelulusan Diploma Lanjutan Pengajian Pertahanan dan Strategik serta Sarjana Pengurusan dari Universiti Malaya, Sarjana Falsafah Pengajian Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Master of Science in National Resource Strategy dari National Defence University USA.

Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami mendirikan rumah tangga bersama Datin Hjh Mariah Hj Raja Latiff dan dikurniakan lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Terdahulu dari itu, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami menerima tabik hormat terakhir dari Kontinjen Perbarisan terdiri daripada 12 pegawai dan 120 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) diketuai oleh Lt Kol Ahmad Yusuf Mohd Arif dalam keadaan norma baharu mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, dalam ucapan Mantan PMBTD beliau menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan ucapan penghargaan kepada PTD di atas kesudian beliau hadir bersama-sama pada perbarisan penghargaan persaraannya.

“Terima kasih kepada perkhidmatan TD di atas penghormatan yang diberikan walaupun keadaan sekarang berdepan dengan ancaman COVID-19 dan sudah tentu ianya terus terpahat dalam ingatan saya untuk selama-lamanya,” katanya.

Turut hadir, PMB TD, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online