Bersama Pemimpin

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Sempadan (RS), Asisten Ketua Staf (AKS) Logistik, Cawangan Logistik Markas Tentera Darat (Cwg Log-MK TD) dan Yang Dipertua Wisma Perwira Tentera Darat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 27 Jul 2022.

Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi RS, melibatkan Lt Jen Dato’ Hashim Aman dan Mej Jen Datuk Hj Hamdan Ismail, manakala Mej Jen Hj Zainal Shukri Hj Mohamed Zain menyerahkan tugas AKS Log kepada Brig Jen Muhammad Shafiq Poh Abdullah.

Acara diteruskan dengan Serah Terima Tugas Yang Dipertua Wisma Perwira TD di antara Mej Jen Dato’ Ahmad Saifuddin Talha dengan Brig Jen Abdul Aziz Abu Hassan.

Simbolik kesemua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan pegawai-pegawai kanan.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online