HUT

Perbarisan HUT RGK Ke-57

JOHOR: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar semua warga Rejimen Gerak Khas (RGK) sentiasa menjaga kesatuan yang telah tercipta demi mengukuhkan kesepakatan sejagat dalam pasukan.

“Bermula dari kekuatan anggota, bersama-sama dengan kelengkapan dan peralatan ketenteraan amat penting bagi RGK untuk memastikan tugas yang diberikan dapat dilaksanakan.

“Komando mesti bersatu hati membentuk satu rejimen yang kuat, tersusun dan sempurna ibarat kata pepatah ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih’.

“Jangan ada mana-mana pihak yang cuba memecah belahkan kesatuan komando dengan menerapkan budaya berpuak-puak,” titah DYMM Sultan Johor.

DYMM Sultan Johor selaku Kolonel Komandan Gerak Khas bertitah demikian ketika mencemar duli menyaksikan perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas ke-57 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas (MK 21 GGK) pada 5 Ogos 2022.

Perbarisan berkonsepkan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat melibatkan lima detasmen berkekuatan 18 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Kol Normin Mohd Shahar.

Sejurus tamat perbarisan, Majlis Santapan Ringan dan Anugerah Jaguh Sukan RGK 2021 berlangsung di Hangar Skuadron Perahu Ringan di mana Anugerah Sukan Gerak Khas Tahun 2021 dinobatkan kepada Kpl Mohd Nazri Ahmad dari Rejimen 22 Komando.

Sebagai tanda penghargaan dari seluruh warga RGK, DYMM Sultan Johor turut menerima cendera kenangan daripada Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli Hj Hashim.

Aktiviti ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke – 28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

Turut Hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan pegawai-pegawai kanan TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online