Semasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi Wahab

NEGERI SEMBILAN: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi Wahab di atas segala jasa bakti serta sumbangan yang dicurahkan sepanjang 34 tahun mengabdikan diri dalam perkhidmatan.

“Keperibadian terpuji beliau adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat (TD) yang berkarisma dan berkredibiliti tinggi selain memiliki perwatakan yang disenangi oleh semua lapisan anggota tentera.

“Sesungguhnya persaraan beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada TD khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya,” ujar TPTD.

TPTD berkata demikian semasa berucap dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi Wahab di Padang Kawad, Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) ATM pada 25 Ogos 2022.

Perbarisan berkonsepkan statik ini terdiri daripada dua detasmen berkekuatan seramai sembilan pegawai dan 71 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Abdul Jabar Yusuf diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Dalam ucapan mantan Ketua Pengarah KAGAT, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada TPTD serta pimpinan tertinggi TD yang turut menonton perbarisan ini.

Menyentuh serba sedikit latar belakang Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi, beliau memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos 1988 dan telah menimba pengalaman dalam pelbagai jawatan di Markas Formasi TD dan Markas ATM.

Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang adalah sebagai Pegawai Agama Malaysian Battalion (MALBATT) di Cambodia.

Sejurus tamat perbarisan, TPTD kemudiannya disajikan dengan jamuan di Dewan Tan Sri Hamid dan menyaksikan tayangan video montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi sepanjang perkhidmatannya.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cendera kenangan serta Penyerahan Buku Memoir Daie Rabbani kepada Jabatan Arah KAGAT dan wakil perkhidmatan sebelum diakhiri dengan upacara street lining sebagai penghargaan terakhir ke atas mantan Ketua Pengarah KAGAT.

Turut hadir, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Mohd Rashidi Bujai.

Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online