Bersama PemimpinSemasa

Amanat Tahun Baharu 2021 PAT

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menghadiri Perutusan Amanat Tahun Baharu 2021 Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD) secara sidang video pada 27 Jan 2021.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih oleh PAT kepada warga ATM kerana telah memberikan sepenuh dedikasi, pengorbanan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan ATM dapat mengharungi cabaran tahun 2020 dengan selamat dan jayanya.

Dalam perutusan PAT, beliau menyimpulkan tahun 2020 sebagai tahun yang unik kerana negara dan juga seluruh dunia berjuang memerangi penularan pandemik COVID-19 yang memaksa kita mengubah gaya hidup dan cara melaksanakan tugas.

“Penglibatan menyeluruh dalam OP PENAWAR dan OP BENTENG telah meningkatkan hubungan tentera dan rakyat sekaligus meningkatkan kepercayaan semua pihak terhadap kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama kepada ATM dalam memudahkan ATM melaksanakan tugas dan tanggungjawab,” jelasnya.

Beliau juga meluahkan rasa gembira apabila melihat empat teras keutamaan yang digariskan dalam perintah ulungnya dapat direalisasikan.

“Ini dibuktikan dengan penglibatan aset-aset kita secara berterusan dalam OP BENTENG dan OP PENAWAR dengan melaksanakan tugas-tugas hakiki seperti rondaan, pemantauan serta pengumpulan maklumat dan juga tugas-tugas sokongan yang diarahkan kerajaan.

“Selain itu aspek kebajikan warga yang menjadi agenda utama ATM sering diberikan perhatian yang mana institusi kekeluargaan adalah tulang belakang dan pemangkin kepada kecemerlangan warga ATM,” katanya.

Tambah PAT lagi, kejayaan menubuhkan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) pada tahun lalu dapat menangkis sebarang ancaman penggodam serta anasir luar dari ingin menggugat keselamatan dan keamanan negara.

Selain itu, menurut PAT dalam Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan terdapat tiga perkara yang sedang giat dilaksanakan di bawah teras ini iaitu penyediaan Pelan Strategik Mindef (PSM) 2021-2025, penambahbaikan terhadap Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 dan pembangunan Fourth Dimension Malaysia Armed Forces (4DMAF).

PAT turut menjelaskan pelbagai rancangan lain yang sedang giat dilaksanakan seperti aktiviti-aktiviti bilateral dan multilateral sama ada di dalam atau luar negara.

Namun begitu diatas inisiatif dan sikap proaktif seluruh warga ATM telah mencapai satu kejayaan besar dengan pelaksanaan sepenuhnya konsep Whole of Government dan Whole of Society.

“Kedua-dua konsep ini dapat dilihat melalui penglibatan ATM bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di dalam OP PENAWAR dan juga pelaksanaan OP BENTENG bersepadu melibatkan 19 buah agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara dibawah National Task Force (NTF) diterajui ATM.

“Penduduk tempatan turut sama membantu memberikan maklumat kepada pasukan OP BENTENG dan ini secara amnya telah berjaya meningkatkan keyakinan dan sokongan rakyat bagi bersama-sama menghentikan penularan COVID-19,” jelasnya.

Menurutnya lagi, penglibatan anggota perubatan ATM bersama Kementerian Pertahanan (KKM) dalam memberikan rawatan dan pemeriksaan COVID-19 amat dibanggakan terutamanaya pengoperasian Hospital Medan di Tawau, Makeshift Treatment di Penjara Pokok Sena, Kedah dan Penjara Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.

Ini termasuklah pengendalian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS Serdang yang diuruskan oleh ATM dan KKM.

Justeru itu, beliau menjangkakan terdapat tiga cabaran utama yang perlu dihadapi pada tahun 2021 iaitu COVID-19, perolehan peruntukan kewangan bagi perbelanjaan ATM dan Kompetensi Warga ATM.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar seluruh warga ATM sentiasa bersatu hati dan saling bekerjasama demi mencapai kejayaan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Selain itu beliau mahukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan mestilah dieratkan dengan harmoni bagi memastikan aspirasi sebagai sebuah angkatan masa hadapan dapat direalisasikan.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Subari Hj Tomo dan pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online