Bersama PemimpinKebajikanSemasa

Inisiatif PTD Selami Jiwa Warga GAPU

SELANGOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain berbesar hati meluangkan masa beramah mesra bersama warga Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) yang dijangka akan dipindahkan ke Kem Bera, Pahang pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sikap keterbukaan yang ditunjukkan PTD dalam memberi ruang dan menerima sebarang pandangan anggota bawahan berkaitan perpindahan kem tersebut adalah demi menjamin kesejahteraan warga GAPU pada masa akan datang.

Demikian ucapan PTD dalam Program Kesejahteraan Warga GAPU di Rejimen Ke-31 Artileri Diraja (31 RAD) pada 29 Ogos 2022.

Kemudian, PTD diiringi Panglima GAPU, Brig Jen Khairul Izan Muhamad Suffian bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada tiga penerima bantuan yang mengalami komplikasi kesihatan.

Penerima sumbangan didahului anak kepada Mej Zainal Ariff Zainal Abidin dari 31 RAD iaitu adik Muhammad Aqeef Danish yang menerima rawatan Kemoterapi dan Bone Marrow di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat menghidapi penyakit Pre B Acute Lymphoblastic Leukimia sejak 17 Ogos 2018. Adik Muhammad Aqeef masih dalam rawatan dan perkembangan tahap kesihatannya berada pada tahap positif.

Seterusnya, anak kepada Sjn Mohd Asri Abd Rahman dari 31 RAD iaitu adik Muhammad Irfan Haziq turut menerima sumbangan di mana adik Muhammad Irfan disahkan menghidap penyakit Down Snydrome dan mengalami masalah pernafasan. Adik Muhammad Irfan bersekolah di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Taman Jasmin, Kajang.

Penerima sumbangan terakhir ialah anak kepada Kpl Syafrizal Syahril dari 41 Kumpulan Stor Kor Ordnans Diraja (41 KSOD) iaitu adik Muhammad Iffat Zikri yang disahkan mengalami saluran jantung sempit sejak lahir dan mendapat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bantuan kemanusiaan seumpama ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

#KesejahteraanWargaTD

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online