Bersama PemimpinSemasa

Projek SASaR Sebahagian Keutamaan KEMENTAH

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan diiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM meninjau kerja-kerja di tapak pembinaan perumahan Program SASaR Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau juga dikenali sebagai Residensi Sateria pada 25 Jan 2023 di Sungai Besi.

Pelaksanaan Program SASaR ini mendukung Teras Ketiga Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan serta menjadi salah satu inisiatif daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dalam menjaga kebajikan dan kualiti hidup anggota tentera, warga awam KEMENTAH dan golongan veteran ATM.

Program ini melibatkan pembinaan sebanyak lima buah blok kediaman di Sungai Besi merangkumi 3,500 unit kediaman mengikut jenis kategori iaitu kediaman jenis A berkeluasan 1,003kps, kediaman jenis B berkeluasan 1,101kps dan kediaman jenis C berkeluasan 1,234kps yang telah bermula pada tahun 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Walau bagaimanapun, sehingga kini projek ini hanya mencapai kemajuan sebanyak 21.69% meskipun ianya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Namun, pihak kementerian meletakkan keyakinan penuh bahawa projek ini dapat disempurnakan mengikut tempoh yang telah dirancang agar kemudahan ini dapat diguna pakai oleh warga KEMENTAH.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha KEMENTAH, Datuk Dr Shahrizat Hj Ahmad, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan TUDM dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online