Bersama PemimpinSemasa

Solat Menjaga Perpaduan Dalam Kalangan Umat Islam

NEGERI SEMBILAN: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim selaku penceramah jemputan hadir memeriahkan Sambutan Israk Mikraj Peringkat Tentera Darat Tahun 2023 bersama para pegawai dan anggota Lain Lain Pangkat (LLP) TD di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 13 Feb 2023.

Antara isi kandungan ceramah adalah beliau mengingatkan tentang kepentingan menunaikan solat yang bukan sahaja sebagai kewajipan malah memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Sambutan ini merupakan sebahagian daripada pengisian aktiviti-aktiviti sempena Hari Tentera Darat (HTD) Ke-90 yang baru dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain pada 13 Feb 2023.

Seiring dengan pelaksanaan ceramah ini, PTD turut menyempurnakan penyerahan Buku Asas Rawatan Islam TD dan penyerahan sumbangan kebajikan daripada Bank Islam kepada golongan asnaf.

Majlis kemudian diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online